Blog

1001 Kain Kapas

Pada asasnya, material kain dihasilkan dengan menggunakan benang kapas. Melalui prosesnya, dari kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain. Kain yang diperbuat daripada kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan telah menguasai pasaran fabrik sejak zaman berzaman lagi sekaligus menyaingi pelbagai jenis fabrik lain yang berada di pasaran.

Pelbagai jenis fabrik dihasilkan daripada benang kain kapas. Antaranya sponge cotton, fine cotton, cotton poplin, cotton lawn, voile, sheeting, terry cloth, plisse, cotton cheers, chintz, sheeting, double knit, dan banyak lagi. Selain daripada pakaian, kain kapas sentiasa menjadi pilihan untuk menghasilkan produk hiasan dalaman rumah atau pejabat seperti sarung kusyen, sarung bantal, cadar, langsir, alas meja dan juga hiasan dinding.

Fabrik daripada kapas menjadi pilihan penggemar yang mengetahui kelebihannya. Fabrik ini lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh. Ia selesa dipakai dan berupaya menyesuaikan diri dengan cuaca. Justeru, ia sesuai dipakai, tanpa mengira tempat anda berada samada di rantau tropika, asia barat dan eropah. Warna yang dicetak pada fabrik ini juga mempunyai daya tahan yang kuat terhadap cuaca serta menghasilkan warna yang segar serta tidak mudah pudar.

Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan boleh dipakai lasak.  Kain kapas boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh. Pengguna disyorkan supaya mengelakkan kain atau baju batik dijemur di tengah panas. Semasa menggosok renjiskan sedikit dengan air. Proses ini akan menjadikan warnanya tahan lama dan segar.

Kakitangan awam berpeluang mempunyai lebih banyak helai baju kemeja dan kain batik untuk dipadankan ke pejabat. Produk ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan tidak semahal kain batik yang diperbuat daripada sutera. Kain kapas dijangka akan menjadi alternatif pada masa kini kerana ramai yang sudah mengetahui kehebatan, kelebihan dan keunikan material kain tersebut..

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai koleksi rekaan fesyen batik yang bercirikan kepada corak-corak yang kontemporari, dinamik, geometrik dan urban.  Corak flora dan fauna digubah dengan elemen-elemen seni visual khususnya titik dan garisan serta prinsip rekaan. Dalam hal ini, ia berjaya melahirkan koleksi corak yang universal dan konvensional. Elemen ini telah menjadi kesukaan ramai dari pelbagai peringkat tanpa dibatasi sempadan usia, etnik dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *