Blog

3 Pesanan Buat Wanita Ketika Pakai Kain Sarung

Orang Melayu ni unik taw, sebab kalau kita perasan mesti ada member kita yang muka Cina tapi orang Melayu, muka macam India tpi org Melayu! Kadang-kadang sampai confius kan? Hehe.

Okey berbalik pada topik asal kita ya. Hidup sebagai orang Melayu saban tahun nie mesti tahu budaya orang Melayu. Dulu teringat yang orang tua dulu ada bercerita pasal kain sarung batik.

Anak-anak dara sekarang kenal ke kain sarung batik? Tahu ke cara memakainya? Aku yang lelaki ni pun tahu lah. Kalau nak tahu kain sarung batik ni macam mana, tengok gambar kat bawah ni ya. Huhu.

Orang sekarang kadang-kadang malu nak pakai kain sarung kan? Apa lagi kalau nak keluar rumah, mesti tukar kain atau pakai seluar. Tapi bila tengok Mat Saleh yang datang melancong pakai kain sarung tahu pulak tergugat!

Buat kaum wanita penyeri hidup, berikut ini saya sertakan cara pakai kain sarung yang betul mengikut simbolik orang tua dulu-dulu. Jangan terkejut pulak.

Mengikut pesanan orang dulu-dulu, kalau anak dara pakailah kepala kain di tepi. Itu menunjukkan kita adalah anak dara.

Bila dah kawin tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana itu menunjukkan kita sudah mempunyai suami.

Namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain hadapan supaya orang tahu kita adalah janda.

Cara pemakaian kain sarung ni pun ada dalam Ungkapan Tradisonal Melayu-Riau tulisan Tennas Effendy kalau tak silap. Menurutnya:

  1. Kepala di belakang – sudah berkahwin
  2. Kepala di kanan – anak dara
  3. Kepala di kiri – janda

 

Ada sedikit perbezaan dari apa yang orang kita fahami tapi tak pe. Maksudnya tetap sama. Keselesaan memakai kain sarung batik ni terpulang kepada si pemakai.

Tapi bagi saya kalau di rumah kain batik dan t-shirt adalah pakaian seksi untuk bakal isteri saya! Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *