Blog

5 Mutiara Kata Usahawan Hebat Yang Anda Patut Pelajari

Bidang keusahawanan bukanlah sesuatu yang hanya berkaitan dengan menjadi kaya dan ternama. Sama ada perniagaan dalam mahupun luar talian, jalan untuk berjaya selalunya berliku dan bergelombang.

Ia tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar, tidak sesenang yang ditafsir fikiran. Adakala nya anda terpaksa berjuang bersendirian.

Anda perlu bersedia menghabiskan masa berjam-jam untuk belajar dan menerima maklumat baru seiring perkembangan zaman.

Anda mungkin perlu melalui kegagalan demi kegagalan dan mencuba banyak strategi perniagaan sebelum anda bertemu satu model perniagaan yang betul yang bukan sahaja berfungsi tetapi juga sesuai dengan pelan, visi dan matlamat hidup anda.

Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk terjun ke bidang perniagaan, anda seolah-olah telah memilih jalan hidup yang diibaratkan seperti ‘roller coaster’.

Memang seronok menjadi bos dalam syarikat atau perusahaan sendiri. Namun akan ada hari-hari apabila anda berasa bimbang, bingung dan bersendirian.

Ketika saat-saat sukar seperti ini,  anda akan lebih banyak bersendirian dan kembali kepada fitrah. Mengharapkan kekuatan iman dan ketenangan untuk terus positif.

Oleh itu, penting bagi seorang usahawan untuk memiliki minda dan emosi yang sihat dan stabil. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa memiliki kedua-dua unsur ini lebih penting daripada sebuah empayar perniagaan.

Itulah sebabnya ada individu mahupun pihak-pihak tertentu yang mengambil inisiatif untuk membuku atau mengumpul petikan kaya-kata motivasi daripada individu-individu seluruh dunia yang sudah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka juga terkenal kerana memiliki karekter yang sentiasa positif, tenang tetapi tetap kental berdepan cabaran.

Berikut 5 kata motivasi dalam bisnes yang mungkin dapat menyuntik semula semangat para usahawan yang kian hilang dan membantu anda untuk lebih sukses.

 

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya dan telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero).

Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.

Kita kena berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.”~ Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 

Tan Sri Tony Fernandes

“Jangan takut dengan aduan (complain) kerana ia merupakan penyelidikan pasaran secara percuma. Pelanggan anda mengambil masa dan tenaga untuk menulis kepada anda menceritakan apa yang tidak kena dan bagaimana ianya boleh diperbaiki.

Banyak syarikat melantik perunding untuk memberitahu hal yang sama. Justeru, kami melayan setiap emel dengan penuh penghargaan.” ~ Tan Sri Tony Fernandes

 

Datuk Kamarudin Meranun

“Saya merasakan hidup sebagai satu amanah dan bagi saya adalah perlu untuk meneruskan perniagaan kerana sekurang- kurangnya usaha ini dapat mewujudkan berbagai peluang terutama peluang kerja.” ~ Datuk Kamarudin Meranun

 

Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin

“Maafkan semua kesalahan yang dilakukan pekerja anda kecuali jika dia menipu sebab semua orang buat silap dan kita belajar daripada kesilapan tetapi menipu melibatkan sikap dan ini boleh menjurus ke arah masalah yang lebih besar di masa hadapan.” ~ Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin

 

Wan Ariffin Wan Long

“Saya jenis yang suka melawan arus, kalau kita terlalu ikut arus nanti kita hanyut dengan apa orang lain buat. Sebab kita sebagai usahawan kita perlu lain daripada yang lain. Baru orang akan cari kita, sebab apa yang ada pada kita tak ada pada orang lain”.

Macam itu lah masa saya perkenalkan produk Batik Canting ni, masa itu semua menggunakan Batik Terap, saya pencetus pertama Batik Canting masa itu dan ada usahawan batik Terap ini tak yakin dengan saya.

Mereka kata, tak ada orang nak beli nanti, ambil masa lama nak buat dan risiko kerugian tinggi. Tapi saya dengan isteri tetap yakin dengan produk pertama batik Cating kami iaitu baju Kaftan. Akhirnya kami berjaya memikat hati pelanggan dan ramai yang suka produk kami dan mereka cari kami. “~ Wan Ariffin Wan Long

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *