Blog

Baju Pengantin Reka Sendiri, Jimat Bajet Kahwin

Ehemmm! Haaa, terkejut tak? Hari ini mood saya happy teruk. So, saya nak share dengan anda semua tentang pakaian yang nampak awesome dengan bajet sendiri dan sudah pasti murah lah dari kita sewa atau beli dekat kedai.

Kalau yang pandai jahit lagi lah. Memang boleh cut cost terus! Anda beli je kain dekat mana-mana kedai yang anda rasa menepati konsep majlis anda nanti. Kalau nak pilihan yang banyak anda boleh datang ke Noor Arfa untuk melihat pelbagai jenis kain. Sempat lagi promote! Biasa lah, artikel ini kan ditaja oleh Noor Arfa.Hahaha!

Saya tertarik dengan inisiatif pengantin-pengantin moden yang pandai merangka bajet kahwin. Maklumlah kos sara hidup sekarang dah makin tinggi, kalau dalam poket belum cukup RM15k – RM20k, jangan mimpilah nak buat dua majlis persandingan (belah perempuan dan lelaki). Mana nak fikir katering, mana nak fikir dewan, mana nak fikir goodies untuk tetamu, ingat semua tu percuma belaka ke? Saya tak marah taw, baca lembut-lembut je.Hehe.

Kalau kamu cukup pandai, salah satu cara nak cut-off bajet adalah dengan membuat baju persandingan sendiri.  Meh saya kongsikan, tak percaya sangat kan! Hahaha.


Siapa kata? Tak susah pun nak realisasikan wedding dress impian korang tu. Nah, ni antara tips yang penulis boleh kongsikan.

1 Jenis Kain

Mengikut konsep perkahwinan yang nak ditonjolkan. Kalau buat resepsi ala diraja Melayu, memang cantik pakai songket. Untuk elak bayar lebih RM1200 untuk buat baju songket sewa baru (Lelaki + Perempuan) di butik, ada baiknya korang beli kain songket sendiri sebab lepas pakai, baju tu terus jadi milik korang. Beli kain songket murah-murah je banyak jual di Instagram. Empat meter dalam RM120 -RM170 dah boleh dapat.

Pakai baju kurung je pun dah molek.

Kalau buat resepsi ala barat, beli je kain ela. Boleh gabung lace dua meter dengan kain kosong untuk jadikan dress.

2 Rekaan

Kalau nak dapat upah jahit yang murah, jangan korang demand minta design gah-gah ala baju kahwin artis. Minta desain yang senang dan ringkas tapi nampak timeless. Kalau beli kain kosong boleh guna tampalan bunga timbul atau minta tukang jahit untuk buat labuci pada penghujung lengan dan baju.

Ringkas tapi menarik hati.

Kalau beli lace, mungkin tak perlu buat rekaan keterlaluan. Cukup sekadar dress simple atau kebaya pendek… atau biar kain sahaja yang guna lace selebihnya untuk baju, guna kain kosong.

Setakat beli kain dan upah jahit baju Melayu Johor dengan kebaya macam ni berapalah sangat bajetnya. Confirm mampu!


Cari inspirasi di Instagram dan di Google terlebih dahulu. Baru nampak bayangan desain yang korang nak.

3 Tukang Jahit

Buat survey dulu. Jangan main serkap jarang je. Kalau ye pun nak yang murah, carilah kedai atau tukang jahit yang berpengalaman takut rosak pula kain korang tu dikerjakan. Telefon dan tanya dulu berapa upah untuk desian yang korang nak tu. Lepas dah tanya beberapa tukang jahit terbaik ni, baru pick yang paling murah yang harga upahnya tak lari daripada bajet korang okay?

Kurung Kedah yang dihiasi labuci ringkas pada penghujung lengan dan baju untuk sanding? Why not!

Lagi bagus dapat tukang jahit yang kita senang nak deal with… Yang tak kisah nak beri diskaun dan “harga kasih sayang”.

4 Aksesori

Bila baju yang kita pakai tu simple, masa nilah korang boleh bergaya sakan dengan aksesori. Baik lelaki atau perempuan, pilih aksesori yang kena dengan baju. Jangan terlalu sarat dan jangan pula lari tema.

Rekan baju kurung Pahang guna material songket kian popular! Boleh dijahit dalam anggaran kos RM100 – RM300 (tak termasuk harga kain)

Kalau pakai baju tradisional, boleh gayakan kalung, pending, sanggul lintang, gelang kaki dan trend sekarang bunga tangan pun diperbuat daripada bunga besi yang korang boleh sewa serendah RM40 sejambak.

Untuk lelaki pula, boleh gayakan keris, kerongsang, tanjank/songkok dan kalung.

Padanan lace polos untuk kurung moden serta kain ala pario.

Kalau resepsi bertemakan garden dan pengantin pakai padanan dress dan kot, cukup sekadar veil polos, bunga tangan daripada bunga segar dan lelaki boleh gayakan bow tie dengan boutonniere.

Dress ringkas sebegini boleh dijahit dalam anggaran kos RM400 – RM500

Apa-apa pun, rangka bajet dahulu sebelum membuat pilihan. Selamat beramal! ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *