Blog

Dihina Berkawan Dengan Haiwan, Sekarang Jadi Model Antarabangsa

Siapa sangka di sebalik sikap pendiam dan memiliki seraut wajah polos, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Terengganu terkenal seluruh dunia. Syukor Khamis telah menjadi model paling unik dan menarik untuk diabadikan oleh lensa kamera peminat fotografi dari serata negara.

Kebolehannya menjinakkan dan bermain dengan kerbau milik ayahnya yang lebih senang dengan panggilan Pok Khamis, telah memberi inspirasi kepada beberapa juru foto dari dalam dan luar negara untuk merakam beberapa aksi menarik antaranya Syukor Khamis Kampong Boy dan kerbau-kerbaunya.

Apa yang membanggakan rakaman fotonya telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam SENA International Photography Award 2018, juga sebelum ini menghiasi kulit depan Majalah Plush (Times), National Geographic, Nikon Annual Photo Award 2017 Best Photographic For The Year 2017  dan Asian Geographic `Sharing Emotion’. Jom layan gambar meleleh ni!

Sehubungan itu, pada 28 Disember 2018 , Pengetua Cemerlang, Zah Mohamad bersama barisan pengurusan dan beberapa orang guru SMK Padang Midin,  telah turun padang menyantuni anak didiknya bersama ratusan ekor kerbau.

Dalam pertemuan penuh bermakna, Zah bukan sahaja melahirkan rasa bangga tetapi turut memberi semangat kepada muridnya untuk terus cemerlang bukan sahaja dilapangan fotografi tetapi juga dalam bidang akademik.

Barisan pengurusan dan guru SMK Padang Midin ketika turun padang menyantuni pelajarnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *