Blog

Kontra Batik Serumpun

Adakah anda tahu tentang Batik Malaysia dan Indonesia? Jom kami kongsikan, ia bermula sekitar tahun 1911 di Kelantan dan kini lebih tertumpu di sekitar Pantai Timur sahaja. Manakala, Batik Indonesia telah bermula sejak kurun ke – 12. Dari segi sejarah, negara jiran telah lama mengusahakan industri batik mereka.

Motif dan Corak

Batik Malaysia lebih tertumpu kepada motif flora diikuti motif fauna dan geometri. Motif fauna agak terhad kepada unggas dan serangga. Hidupan dasar laut dan figura manusia tidak digunakan. Kurang pengunaan pengisian atau isen.

Batik Indonesia pula unsur motifnya sangat luas dan tidak terhad seperti motif flora dan fauna sahaja. Terdapat juga motif yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan geometri, motif buatan manusia dan sebagainya. Penggunaan pengisian atau isen sangat popular dalam kalangan pembuat batik di Indonesia.

Peralatan dan Bahan

Malaysia menggunakan corong yang mempunyai daun satu mata sahaja dan menggunakan pemidang atau frame untuk mencating

Indonesia terbiasa dengan penggunaan corong atau canting pelbagai mata. Melakukan proses batik secara duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan.

Fungsi 

Masyarakat Malaysia biasanya menggunakan batik untuk pakaian dan perhiasan. Dalam kalangan warga Indonesia, mereka selalunya menggunakan batik dalam  adat istiadat perkahwinan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *