Blog

Lazada Diserang Kerana Harga Songket 18K

Songket? Ramai yang geleng kepala bila dengar harganya semata-mata tanpa melihat atau pun menghargai proses pembuatannya. Anda pasti senyum seakan mengerti jika anda tahu cara nak buat songket yang memerlukan kesabaran yang tinggi ini.

Sebelum ini saya telah memperincikan Sembilan proses yang terlibat dalam pembikinan songket. Sembilan proses taw!Hehe. Lama pulak tu, paling sekejap pun satu bulan taw! Anda boleh tengok dekat ruangan Blog di website Noor Arfa berkenaan dengan proses tersebut.

Namun, saya dikejutkan dengan berita yang menghiburkan yang berlaku di laman sesawang Lazada. Hahaha, izinkan saya gelak sekejap ya. Saya tak salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Mungkin mereka tidak tahu, maafkan mereka ya.

Lazada telah diserang dengan beberapa komen lucu, mengejek dan memerli oleh para netizen yang budiman tersebut. Hehe. Hal ini berlaku pada salah satu produk yang dijual iaitu sampin songket Terengganu yang bernilai RM 18,000 sehelai.

Nak bagi anda nampak, berikut ini saya sertakan sekali komen dan ulasan berkenaan item tersebut. Tapi, yang mengejutkan masing-masing memberikan lima bintang pada item sampin songket Terengganu itu.

Namun demikian, ada yang memberikan komen yang positif terhadap produk tersebut. Biasanya, komen-komen yang positif ni datang dari orang yang mengetahui selok-belok kain songket itu sendiri. Jom layan komen mereka!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *