Blog

Melawan Arus Rahsia Kejayaan Wan Ariffin

Prinsip saya ini suka melawan arus, sebab kalau kita ikut orang ni, kita berjalan pun tak senang, ikut je, tak bebas. Kita bagai menumpang jalan yang orang dah lalu.

Kita tak rasa sendiri macam mana pengalaman nak buka jalan itu. Kalau kita tak rasai pengalaman bererti kita tak pelajari sesuatu yang baharu.

Masa mula-mula saya nak buat batik itu, di Terengganu ni dulu ada batik terap batik sarung sahaja. Kita lah yang pertama buat batik lukis pada masa itu.

Saya fikir masa itu nak buat batik lukis ni sebab kosnya kecil, kain dan canting, mudah sahaja, kalau yang terap ni kena sediakan blok dan pembuatan blok agak lama prosesnya dan melibatkan kos yang agak tinggi.

Jadi kita nak lawan batik-batik lain sebab masa kita buat itu, mereka ketawa kan kita, mereka kata batik apa macam itu, tak ada orang nak pakai lah, pelik lah, tapi kita tetap lawan. Kita kuatkan promosi, kita bagitau orang berkenaan produk kita.

Sampai masa kita dah berjaya, pembuat batik lain tinggal pula batik yang dibuat sebelum ini dan beralih ke batik lukis pula.

Sampai hari ini popularnya batik lukis ini berasaskan daripada kita iaitu Noor Arfa. Dan kalau tengok hari ini, yang berjaya dalam perniagaan batik lukis ni kebanyakkan pernah bekerja dengan Noor Arfa.

Dari situ Alhamdulillah lah, cita-cita puan Noor nak jadi cikgu tercapai lah, sebab berjaya mendidik dan melatih pembuat batik ini berjaya dalam bidang mereka.

Dalam erti lain puan Noor ini jadi cikgu dalam dua bidang iaitu pendidikan Seni dan pengajian perniagaan.

Saya ada cakap masa itu, kalau nak jadi cikgu mari ikut saya dan kahwin dengan saya, sampai hari ini pelatih yang puan Noor latih telah menjadi usahawan yang berjaya dan sekarang pun masih aktif mendidik dan melatih orang buat batik.

Isteri saya banyak membantu dan sokong saya ketika kami nak mulakan perniagaan produk batik lukis tangan dahulu.

Puan Noor pula memang mempunyai kemahiran dalam membuat batik lukis ini. Beliau buat baju Kaftan. Buat di dapur rumah sewa kami dulu di Kampung Tanjung Kuala Terengganu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *