Blog

Noor Arfa Mahu Setanding Dengan Gucci & Guess

Berani! Inilah istilah yang sesuai bagi pemilik Noor Arfa Batik. Jika tidak kerana keberanian Wan Ariffin bersama isterinya, Noor Hijerah tidak mungkin lahir sebuah syarikat pembuat batik Malaysia untuk pasaran eksklusif dengan identiti tersendiri.

Dari awal-awal lagi mereka berdua tidak mahu membuat batik biasa yang dijual di pasaran tradisonal, sebaliknya mereka mahu menghasilkan batik eksklusif berkualiti tinggi bagi golongan VVIP yang dijual di butik-butik ternama.

Mereka mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama-jenama terkenal seperti Gucci, Versace, YSL, Guess dan lain-lain lagi.

“Dari mula lagi kami mahu memartabatkan batik Malaysia. Kami memberanikan diri keluar daripada kebiasaan membuat batik, samada di segi kaedah membuatnya, design, corak, warna dan kegunaan. Kalau selama ini pembatik membuat batik menggunakan blok untuk mengecap batik, kami tidak mahu membuat batik cara tersebut.

Noor Arfa Batek adalah pelopor kepada Batik Lukis Tangan. Kami juga menghasilkan batik yang mempunyai bunga besar-besar. Kami lari daripada kebiasaan membuat batik menggunakan corak bunga kecil dan tradisional.

Kami juga memberanikan diri menggunakan warna terang dengan corak moden. Kami juga memberanikan diri memperkenalkan fesyen kaftan bagi menggantikan kain batik sarung,” kata Wan Mohd Ariffin mengimbas kembali sewaktu mereka berdua mula menceburi perusahaan membuat batik 26 tahun lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *