Blog

Tangkis Pemikiran Industri Batik Hanya Belakang Rumah

Saya bercita-cita untuk memartabatkan perniagaan orang Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Kalau dulu orang anggap orang Melayu kalau berniaga di warung atau gerai kecil sahaja. Saya ambil langkah ini untuk ubah pendirian masyarakat Melayu kita.

Kalau perniagaan batik pula masyarakat Melayu dulu kebanyakkan berniaga belakang rumah sahaja, tak berkembang. Elemen-elemen macam ini lah yang membuatkan saya tergerak hati untuk membuktikan yang kita boleh mengubah persepsi lama tersebut.

Dengan semangat yang kental ini, membuatkan saya nekad untuk membuktikan bahawa berniaga batik ini boleh berkembang maju dan setaraf dengan industri lain. Dalam hal ini pelbagai aspek perlu dititikberatkan dari segi pengurusan, operasi, bahan mentah dan sebagainya.

Langkah pertama kita mulakan dengan mendaftar nama Noor Arfa, kita urus dengan lebih sistematik dan kita tukar pengurusan yang orang dulu-dulu buat ke arah yang lebih efektif. Kita memperincikan dari segenap aspek dan ia memerlukan sedikit masa.

Kita ambil langkah berani untuk menjadikan batik sebagai industri yang besar setanding dengan industri lain sementara peniaga batik lain masih berniaga di belakang rumah dan takut untuk besarkan perniagaan mereka.

Sebab, kadang-kadang orang kita ini takut untuk bergerak dengan lebih jauh. Selalu berfikiran negetif sebab dipengaruhi oleh pemikiran cetek tersebut. Semua ini merupakan racun kepada perkembangan perniagaan mereka sendiri.

Pemikiran unik ini saya bawa dalam perniagaan bagi memastikan perkembangan itu bersifat kosisten. Oleh sebab itu, kita membina kilang pembuatan batik dan kompleks bagi menandingi industri lain dan menjadi ikon untuk bangsa Melayu dalam perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *