Blog

Terengganu Guna Perahu Sebagai Pengangkutan Kedua

Konsep mengembalikan nostalgia perahu lama diterapkan dalam lukisan mural tiga dimensi (3D) yang terbaharu dihasilkan di daerah ini, selepas lukisan mural 3D lintasan pejalan kaki menjadi tarikan di Pantai Tok Jembal, sejak pertengahan tahun lepas.

Lukisan perahu yang mengambil masa seminggu disiapkan dan mula menjadi tarikan sejak Oktober lalu mampu mengembalikan nostalgia perahu lama Terengganu khususnya kepada generasi muda.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zuwislan Awang berkata, pengangkutan yang tidak lagi menjadi kenderaan utama masa kini, setidak-tidaknya mampu dikenang generasi terdahulu dan dihargai peranannya oleh generasi muda hari ini.

Lukisan ini menjadi tarikan terbaharu pelancong dan pelawat ke daerah ini, seperti juga lintasan 3D di Dapo Pata, Tok Jembal yang dihasilkan pada Mei tahun lalu.  Jika lintasan pejalan kaki mengambil masa sekitar dua hari untuk disiapkan, perahu ini pula mengambil masa hampir seminggu.

Selain sebagai lokasi tumpuan pelawat yang mengabadikan gambar bersama lukisan ini, ia juga sebagai medium menghargai bakat pelukis tempatan seperti Hatta Hashim yang bertanggungjawab menyiapkan seni kreatif ini,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *