Blog

Wan Ariffin Bawa Balik Budaya Kerja Jerman

Negara Jerman memang terkenal dengan budaya kerja yang halus dan berkualiti. Ciri-ciri budaya kerja yang penuh dengan disiplin ini telah diamalkan oleh pengasas Noor Arfa Batik sendiri iaitu En. Wan Ariffin.

Beliau memang sangat mementingkan kualiti dalam penghasilan Batik. Tidak hairan lah produk Batik beliau masih bertahan sampai hari ini. Beliau jaga kualiti dari sekecil-kecil material iaitu bermula dari penggunaan benang lagi.

Menurutnya lagi, saya memang menyukai budaya kerja Jepun dan Jerman. Saya terpilih masa program usahawan anjuran jabatan perdana menteri, masa itu zaman Tun Mahathir, saya pergi 3 bulan sana. Dengan harapan saya dapat ilmu dan pengalaman yang cukup untuk perniagaan.

Saya tinggal Puan Noor di Terengganu masa itu, beliau uruskan perniagaan sorang-sorang, bersusah payah buat batik, naik Beca pergi hantar ke Pasar Payang bersama anak kami yang sulung, En. Azwan. Bayangkan macam mana susahnya beliau menguruskan kehidupan dan perniagaan ketika ketiadaan saya.

Saya duduk sana masa itu, banyak ilmu saya dapat, minda pun terbuka berkaitan usahawan. Dari kursus itu, saya aplikasikan dalam perniagaan saya dan terus berkembang ke peringkat yang lebih besar. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran isteri saya dalam perniagaan ini, kami berjaya memperkembangkan lagi perniagaan kami pada masa itu.

Saya balik dari sana, saya tekankan aspek kualiti produk yang akan dihasilkan, sebab di Jerman kualiti produk memang diorang jaga sangat-sangat. Memang dah nekad nak ikut cara kerja mereka. Kalau kat sana bidang automotif memang berkembang pesat.

Sebab itu hari ini di Noor Arfa, kalau sebut batik Noor Arfa orang tahu kualitinya macam mana. Kalau cakap pasal harga, harga memang lebih sedikit dari yang lain, sebab kita bukan nak caj mahal, tapi untuk pastikan kualiti molek, ia akan melibatkan kos tinggi.

Kualiti nombor satu bagi kita, tapi dengan harga yang berpatutan. Bak kata pepatah Melayu, “Kalah membeli menang memakai”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *