Etika Pemakaian Baju Batik di Jabatan Perkhidmatan Awam

Pemakaian batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam bukan sekadar memenuhi etika berpakaian, tetapi juga mencerminkan semangat patriotik dan penghargaan terhadap warisan budaya bangsa. Dasar ini diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai usaha menyeragamkan penampilan warga perkhidmatan awam di seluruh negara agar menampilkan imej yang lebih profesional.
Adakah batik Malaysia termasuk batik dari Sabah dan Sarawak?
- Betul. Batik Malaysia termasuk batik yang dihasilkan dari Sabah dan Sarawak. Hal ini menunjukkan bahawa konsep batik Malaysia bersifat menyeluruh dan merangkumi kepelbagaian warisan serta identiti seni tekstil dari seluruh negeri di Malaysia. Perkara ini bertujuan meraikan keunikan corak, motif dan teknik tempatan yang menjadi lambang perpaduan budaya bangsa.
Adakah dibolehkan sekiranya pegawai wanita memakai tudung bercorak batik Malaysia sahaja manakala pakaian lain bercorak biasa dan bukan batik?
- Tidak boleh. Pegawai wanita hendaklah memakai pakaian lengkap bercirikan batik Malaysia, bukan hanya tudung. Pemakaian tudung bercorak batik semata-mata tidak dikira sebagai mematuhi ketetapan pemakaian batik Malaysia di tempat kerja. Etika berpakaian rasmi menuntut kepada keseragaman dan kesopanan dalam keseluruhan penampilan.
Adakah pemakaian baju kemeja batik berlengan pendek dibenarkan?
- Pegawai yang dibekalkan pakaian seragam dikecualikan daripada pemakaian batik Malaysia semasa melaksanakan tugas harian. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberikan kebenaran untuk memakai batik Malaysia pada waktu atau majlis tertentu, bergantung pada kesesuaian.
Adakah pegawai perubatan dan petugas kesihatan masih tertakluk dengan ketetapan pemakaian batik memandangkan pegawai klinikal memakai lab coat semasa bekerja?
- Tidak tertakluk. Pegawai awam yang dibekalkan pakaian keperluan tugas seperti lab coat dikecualikan daripada pemakaian batik Malaysia semasa bertugas. Namun, mereka boleh memakai pakaian batik Malaysia pada majlis rasmi atau acara jabatan jika dibenarkan oleh Ketua Jabatan.
Adakah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam boleh memakai baju batik Malaysia?
- Pegawai yang dibekalkan pakaian seragam dikecualikan daripada pemakaian batik Malaysia semasa melaksanakan tugas harian. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberikan kebenaran untuk memakai batik Malaysia pada waktu atau majlis tertentu, bergantung pada kesesuaian.
Adakah pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib jika enggan memakai pakaian batik Malaysia?
- Ketua Jabatan boleh menasihati pegawai yang enggan mematuhi arahan pemakaian batik Malaysia. Sekiranya pegawai masih ingkar tanpa alasan yang munasabah, tindakan tatatertib boleh dikenakan mengikut peraturan dan tatacara perkhidmatan awam. Langkah ini bertujuan memastikan pematuhan dasar dan dapat mengekalkan imej profesional dalam sektor awam.
Secara keseluruhannya, pemakaian batik Malaysia bukan sekadar peraturan berpakaian, tetapi satu simbol penghargaan terhadap seni dan identiti budaya negara. Setiap penjawat awam digalakkan mematuhi garis panduan ini dengan rasa bangga dan tanggungjawab, kerana setiap helaian batik yang dipakai membawa makna kesatuan dan citra bangsa Malaysia.
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Siti Nuraisyah Zakaria | 4.00 P.M | Noor Arfa