Jom Kenali Jenis Kain Batik

Dalam dunia fesyen tempatan, batik Malaysia menonjol dengan kehalusan motif, keunikan warna serta ketelitian hasil tangan penggiat seni tempatan. Namun, tidak semua orang benar-benar mengenali jenis-jenis kain batik yang ada di pasaran. Mengetahui perbezaan jenis kain batik sangat penting untuk memilih kain yang sesuai dengan keperluan dan keselesaan ketika bekerja.
Persoalan yang sering timbul adalah kain batik apa yang paling sesuai untuk dipakai ke pejabat? Kain mana yang paling selesa untuk dipakai harian? Tidak semua orang benar-benar mengenali perbezaan jenis kain batik yang ada di pasaran. Oleh sebab itu, mengetahui karakter setiap jenis kain batik sangat penting supaya pilihan yang dibuat bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga sesuai dengan keperluan dan keselesaan pemakai.
Batik Sutera
Batik sutera sering menjadi pilihan untuk majlis rasmi dan acara istimewa
- Tekstur yang lembut, licin dan memberi kesan jatuhan yang elegan
- Mempunyai kilauan semula jadi yang memancarkan penampilan eksklusif
- Lebih ringan untuk dipakai dan sesuai untuk cuaca panas di Malaysia
- Harga lebih tinggi berbanding kain batik lain kerana proses pembuatannya halus dan menggunakan bahan bermutu
Batik Kapas
Jika anda menginginkan keselesaan untuk kegunaan harian, batik kapas adalah pilihan terbaik
- Sesuai untuk dipakai ke pejabat atau aktiviti santai
- Tidak panas kerana dapat menyerap peluh dengan baik
- Mudah dijaga dan dibasuh
- Motif Batik Kapas biasanya ringkas tetapi tetap menarik untuk gaya yang sederhana dan kemas
Batik Viscose (Rayon)
Batik Viscose menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan yang selesa dan mampu milik
- Tekstur yang lembut seperti sutera tetapi dengan harga yang lebih rendah
- Kainnya jatuh terletak, sesuai untuk baju kurung moden atau kaftan
- Tahan lama dan sesuai untuk dipakai dalam jangka panjang
- Batik Viscose selalu menjadi pilihan wanita bekerja yang mahukan gaya kemas tanpa berlebihan
Batik Crepe
Batik Crepe mempunyai permukaan bertekstur halus
- Sesuai untuk pakaian formal dan semi formal
- Tidak mudah renyuk kerana mudah dipakai tanpa perlu terlalu banyak disaterika
- Menjadikan potongan baju kelihatan lebih terletak dan kemas
- Kain Batik Crepe sangat digemari untuk busana pejabat kerana penampilan yang tampak profesional
Batik Satin
Untuk yang suka gaya yang sedikit glamor
- Permukaan yang berkilat, memberi kesan mewah apabila dipakai
- Sesuai untuk majlis makan malam, majlis rasmi atau pakaian pentas
- Memerlukan sedikit penjagaan kerana satin mudah rosak jika dicuci dengan kasar
Memilih bukan sekadar dilihat pada corak sahaja, tetapi melibatkan pemilihan tekstur, keselesaan dan kesesuaian dengan situasi pemakaian. Dengan memahami jenis-jenis kain batik yang ada, anda dapat membuat pilihan yang lebih bijak untuk keselesaan sepanjang hari. Jadi, kalau berkunjung ke butik atau pasar batik, anda sudah tahu untuk pilih yang mana. Selamat bergaya dengan batik Malaysia!
Siti Nuraisyah Zakaria | 4.40 P.M | Noor Arfa