Blog

#nawSHARING – apa itu Dropship??

Hi salam Noor Arfa Lovers! Cuba teka harini Min nak cakap pasal apa. Okay harini Min cadang nak cakap pasal apa yang dimaksudkan oleh perkataan “DROPSHIP”. Min rasa mesti ramai dah tahu fungsi sebenar dropship. Tapi Min kongsi lah ye incase ada yang belum faham konsep seorang dropship. Sebenarnya, bila ada orang cakap die buat bisnes dropship, maksudnya dia merujuk pada diri dia yang menjual barang secara dropship. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya adalah agent yang akan promote dan menjual barang orang lain.

Sebagai dropship anda tak perlu pegang atau pos barang. Macam sistem dropship Noor Arfa, bila anda jadi salah seorang dropship segala urusan barang semua akan diuruskan oleh pihak hq. Mudah bukan? Tugas anda sebagai dropship cukup dengan promote produk tersebut di mana2 social media agar lebih ramai yang tahu tentang produk tersebut. Apabila ada order masuk terus je salurkan kepada pihak supplier.

Jadi jika anda ingin berniaga tapi ada masalah dengan kewangan anda boleh mulakan dengan menjadi dropship kepada sesuatu produk. Bukan sahaja tugas anda untuk promote secara online malah ada bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak. Seperti Noor Arfa, jika anda berminat untuk menjadi seorang dropship anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal. Anda hanya perlu konsisten posting dan mencari customer.

Sekian daripada Min, semoga Noor Arfa Lovers dapat sedikit info dari perkongsian Min ini. Semoga hari anda baik2 saja!

Pepatah ada mengatakan “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Untuk berjaya kita mestilah berani mencuba dan rajin berusaha…

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *