Blog

#nawSHARING – “Saya pernah jual jagung, nasi lemak dan jamu kini jual batik…”

Hi salam Noor Arfa Lovers! Harini min nak kongsikan kisah titik pertemuan Kak Alina Ali dengan Noor Arfa. Korang mesti nak tahu kan kisah hidup Kak Alina sebelum beliau bersama NAW. Mengikut perkongsian beliau, min dapat simpulkan Kak Alina ni memang minat berniaga. Min boleh katakan beliau seorang yang sangat berani mencuba, tak pernah kenal erti penat atau tewas.

Min mulakan kisah dari zaman beliau bersekolah rendah. Beliau mula dengan menanam jagung di belakang rumahnya. Tiba masa beliau akan kutip, rebus dan jual pada kawan-kawannya. Kalau min dulu zaman sekolah tahu nak bermain je dengan kawan2, tak terfikir lagi nak cari duit atau berniaga. Min kagum dengan sikap Kak Alina walau masih kecil sudah rajin dan ada minat berniaga. Apabila masuk zaman sekolah menegah, Kak Alina tidak berniaga tetapi beliau tetap aktif dalam jualan amal untuk kumpul dana persatuan. Untuk mengumpul dana, beliau mula menjual nasi lemak dan kuih puteri ayu, hasil air tangan beliau sendiri. Okay, tu kisah zaman beliau bersekolah rendah dan menengah. Sekarang min sambung zaman universiti beliau pula.

Zaman belajar di universiti, beliau kembali meniaga dengan menjual produk dari Mustika Ratu. Sampai ada yang menggelarnya “Ratu Jamu”. Selain itu, beliau juga turut membuat facial kecil-kecilan kepada rakan2 nya dengan bayaran Rm 10. Pandai betul Kak Alina kita ni mencari duit sampingan. Masuk tahun-3 degree, Kak Alina kita selamat mendirikan rumah tangga. Apabila sudah berkahwin ni, beliau mula slowkan aktiviti berbusiness kerana menghormati keputusan suaminya yang tak suka Kak Alina terlalu aktif berniaga.

Tak lama kemudian, Kak Alina mula join business tupperware. Alhamdulillah arwah suaminya okay, dapatlah dia kembali aktif berniaga. Berkat kerajinannya,beliau dapat dinaikkan pangkat sebagai 1 star director. Langit tidak selalu cerah dan tiada manusia yang takkan diuji. Tak lama selepas itu suami beliau meninggal, dan beliau pula disahkan sakit. Sejak itu, beliau kurang aktif tapi masih berniaga batik secara kecil-kecilan. Sebelum ni, beliau hanya borong sekodi kain batik untuk dijual pada rakan2 nya. Sakit tidak menjadi penghalang untuk beliau meneruskan niat beliau untuk mencari pendapatan sampingan.

Semasa beliau menjual kain batik Terengganu ni, ada seorang makcik mencari batik sarung solat Noor Arfa. Dari situlah beliau mula cari Noor Arfa dalam carian internet. Terjumpa pula peluang untuk jadi dropship, tanpa modal dan tanpa perlu simpan stok. Dan begitulah NAW Alina sertai Noor Arfa Warriors Alhamdulillah, katanya rasa sangat mudah dengan Noor Arfa. Puan Hartini, Leader team beliau sangat banyak membantu. Dalam wad pun beliau masih dapat buat jualan. Ini kerana urusan dan proses pengeposan order semua diuruskan oleh pihak Noor Arfa. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. Dari sini kita dapat lihat Kak Alina kita yang sentiasa kuat dan tidak pernah kenal erti putus asa. Kita patut jadikan kisah Kak Alina sebagai pengajaran dalam hidup kita.

[TRANSLATE]

Hi greetings Noor Arfa Lovers! Today I would like to share how Kak Alina Ali starts to know Noor Arfa. Some of you might want to know the journey of her life before she with Noor Arfa. Through her sharing, I can conclude Kak Alina really love to do business. I can say she is brave to try something new and never know the words of tired or give up.

I start with her primary school where she start with planting corn at her backyard. When the time comes, she will boil and sell it to her friends. If it was me during school I just know what games to play with my friends, and never think about to earn money or doing business. I’m very proud with Kak Alina even though she still young, she already has desire to do business. During her secondary school, Kak Alina not doing any business but she remains active in charity sales to raise association funds by selling nasi lemak and kuih puteri ayu her own handmade. Okay, that’s all for her primary and secondary school.

During her studies in university, she starts to active doing business by selling products from Mustika Ratu until people call her as “Ratu Jamu”. Besides, she also do basic facial among her friends by charging Rm 10 each. During her 3rd year, Kak Alina got married. When she got married her husband does not like she too active in business so she needs to slow down.

Soon after, Kak Alina starts joining business tupperware. Alhamdulillah, her husband okay with it and later on she was appointed as 1 star director. The sky not always blue and she was tested with her husband loss. After 5 years she was diagnosed with diseases. Since that, she starts to slow down back her business and doing small business selling batik. Before this she just bought the batik in small amount and sell it to her friends. Being sick not prevent her from getting side income.

When she sells Batik Terengganu, there was a customer that searched for Batik Sarung solat Noor Arfa. From there, she started to dig for Noor Araf in the internet. Then she found the dropship opportunity, without capital and without having to keep stock. And that was how NAW Alina joined NAW Alhamdulliah, she said it is very easy with Noor Arfa. Mrs Hartini, her Team Leader is very helpful. Even when she is in ward, she could do business. No worries, the postage of the orders are handled by Noor Arfa. When there’s a will, there’s a way. From here, we can see Kak Alina is always strong and never give up. We should make her as our inspiration in life.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *