Blog

#nawsharing – “setiap minggu saya akan follow…”

Hai salam Noor Arfa Lovers! Untuk perkongsian harini, min akan kongsi tentang NAW Zuraidah Zuhari. Kalau korang nak tahu Cik Zuraidah ni merupakan pemenang emas untuk minggu ketiga. Tahniah min ucapkan kepada Cik Zuraidah. Ketika Cik Zuraidah datang ke Noor Arfa untuk mengambil hadiahnya, min sempat bertanya beberapa soalan kepada beliau.

Bila ditanya apakah target beliau bersama Noor Arfa Warrior (NAW), beliau berkongsi dimana beliau ingin memberi duit sebanyak rm1,000 setiap bulan kepada orang tuanya setiap seorang. Min percaya Cik Zuraidah mampu mencapai targetnya bila melihatkan usaha dan kegigihannya.. Selain itu, beliau juga berkongsi bila bersama team NAW, semua orang saling menyokong satu sama lain dan sentiasa berfikiran positif. Min percaya bila kita berada dalam circle yang positif dan supportive, kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara.

Kalau korang nak tahu, Cik Zuraidah dah mempunyai 2 anak team sendiri iaitu syamsul dan anis. Kata beliau bila bersama dalam circle NAW, beliau dapat join banyak training dan kelas online dari coach2 Noor Arfa. Pesan beliau juga, untuk berjaya kita perlu rajin untuk mencari ilmu dan upgrade pengetahuan diri sendiri. Sepanjang 3 bulan bersama NAW, beliau telah berjaya sponsor kain-kain sarung daripada Noor Arfa untuk majlis kahwin nya nanti dengan hanya menggunakan duit komisen dari Noor Arfa.

Kata beliau,

“tiap-tiap minggu saya akan follow untuk menang cabutan bertuah ni..” 

Alhamdulillah, minggu ke-3 beliau telah terpilih sebagai pemenang untuk gold coin cabutan bertuah. Tahniah min ucapkan sekali lagi 🙂

Sekian daripada min harini..

[translate]

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *