Noor Arfa

“SOPAN, SEJUK MATA MEMANDANG” -NETIZEN 

Sopan, sejuk mata memandang adalah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan penampilan selebriti wanita tanah air yang anggun, mewah dan eksklusif berbaju kurung, mirip seperti seorang guru. Baru-baru ini, penampilan mereka telah menarik perhatian ramai netizen yang memuji gaya yang sopan dan versatil ini. Kebanyakan netizen sangat tertarik dengan penampilan selebriti wanita ini yang memakai baju kurung dari jenama batik Noor Arfa.

Noor Arfa, jenama yang terkenal dengan produk batik berkualiti tinggi, sekali lagi berjaya mencuri perhatian dengan rekaan batik pastel yang mengikut trend fesyen terkini. Koleksi ini tidak hanya menarik perhatian kerana kehalusan kain dan corak yang anggun, mewah dan eksklusif tetapi juga kerana keselesaannya. Baju kurung dari Noor Arfa ini menawarkan keselesaan yang sangat diperlukan oleh selebriti wanita yang sering terlibat dalam pelbagai acara.

Pilihan warna pastel yang digunakan oleh Noor Arfa dalam rekaan batik mereka menambahkan lagi kesan sejuk mata memandang. Warna-warna lembut ini bukan sahaja memancarkan aura kelembutan dan kesopanan tetapi juga mudah dipadankan dengan aksesori lain, menjadikannya pilihan ideal untuk penampilan yang anggun dan bersahaja.

Selain itu, rekaan baju kurung yang span dan versatile ini membolehkan selebriti wanita bergerak dengan mudah dan selesa sepanjang hari. Keseragaman rekaan yang dihasilkan Noor Arfa juga menyerlahkan elemen kesopanan yang sangat sesuai dengan imej seorang guru, membuatkan penampilan selebriti wanita ini semakin memukau.

Secara keseluruhannya, busana dari jenama batik Noor Arfa membuktikan bahawa fesyen yang sopan dan anggun tidak pernah ketinggalan zaman. Ia terus relevan dan digemari ramai, termasuklah oleh selebriti wanita tanah air yang ingin tampil menawan dan sopan dalam setiap penampilan mereka.

Syahnim (I)- 21/05/2024

Leave a Reply