Blog

Mata Masuk Habuk! Bersyukur Dapat Jelajah Suka Duka Asnaf!

Oleh Admin Noor Arfa – Ogos 29, 2023

“Squad Noor Arfa Cakna menyantuni Golongan Asnaf di sekitar Chendering”

Dipetik daripada Admin page “Jentikhati”, sebuah video yang menyampaikan mesej yang sangat mendalam untuk diambil iktibar untuk kita semua. Impian semua manusia di muka bumi inginkan kehidupan yang senang. Tetapi ujian buat golongan Asnaf apabila mereka dikurniakan ujian dari segi kesenangan. Namun, apa tugas kita sebagai masyarakat setempat? 

Dalam usaha memupuk budaya BERKONGSI REZEKI ini, minggu lalu Noor Arfa telah mengadakan aktiviti menyantuni beberapa keluarga asnaf di sekitar Chendering, Kuala Terengganu. Aktiviti yang disertai lebih daripada 10 orang Team Noor Arfa berlangsung dengan penuh beremosi. 

Bukan sekadar aktiviti menjelajah, Team Noor Arfa mengambil peluang untuk mendengar luahan mereka. Ada yang duduk berkeluarga dan ada yang duduk sebatang kara. Sangat menyentuh hati melihat keadaan mereka tetapi kami tidak mendengar pun mereka merungut.

Team Noor Arfa juga mengambil peluang untuk berkongsi rezeki dengan memberi barangan keperluan asas seperti Beras, Minyak, Gula, Tepung bagi meringankan beban mereka, In Shaa Allah.

Kesimpulannya, Aktiviti menyantuni golongan asnaf adalah bukti betapa kuatnya nilai kerjasama yang dapat menciptakan perubahan positif. Oleh itu, mari kita bersama-sama mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. 

Semoga artikel “Mata Masuk Habuk! Bersyukur Dapat Jelajah Suka Duka Asnaf!’ ini memberi manfaat dan inspirasi untuk semua supaya mengadakan lebih banyak lagi aktiviti sebegini dan memperkuat amalan berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat. Sangat besar ganjarannya Dunia dan Akhirat. In Shaa Allah.

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *