Blog

PENJAWAT AWAM VIRAL BILA BERBAJU KURUNG?

Oleh Admin Noor Arfa – September 03, 2023

TERENGGANU – Batik adalah sebahagian daripada warisan seni budaya Malaysia yang kaya dan indah. Di kalangan penjawat awam, penggunaan batik bukan sahaja mencerminkan identiti Malaysia yang unik tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan mempromosikan warisan budaya kita.

Bulan lalu, Pihak Kementerian telah mewajibkan semua pegawai perkhidmatan awam memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain, digalakkan.

Peraturan itu yang berkuat kuasa 21 Ogos 2023 dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed.

BERITA BAIK untuk semua penjawat awam! Noor Arfa telah melancarkan Koleksi Kurung TERBARU yang diberi nama Koleksi Kurung Batik Sera Zeana. Jom kita sama-sama lihat apa yang menarik tentang koleksi Kurung Batik ini.

#1 Material “Seakan Cotton”?

Material cotton mesti dah biasa dengar kan? Haa untuk Baju Kurung Batik Sera Zeana, materialnya adalah Twilly Velvet (seakan cotton). Yang menariknya, material ini sangat “Mudah Gosok” dan “Tak Mudah Kedut”. Wanita penjawat awam atau Cikgu-Cikgu mesti suka sebab sangat menjimatkan masa untuk bersiap pagi-pagi.

Tambahan, material ini senang kering. Kalau guna mesin basuh, jemur 2 jam bawah kipas angin pun dah boleh kering dan dah boleh terus pakai. Selain itu, design yang sangat Eksklusif dan yang pasti BATIK MALAYSIA!

#2 Pattern “Sopan”?

Pattern untuk Baju Kurung Sera Zeana ini ialah “Kurung Pahang”. Pattern yang sangat sopan kerana mempunyai “pesak” dan kembang dari paras pinggang hingga ke bawah. Jadi untuk cikgu-cikgu wanita yang ada masalah untuk beli baju siap sebab selalu terlekat di bahagian pinggang atau pinggul, boleh cuba baju ini. Cutting “loose”.

Selain itu, untuk baju kurung ini mempunyi butang di bahagian depan. Jadi memudahkan pemakai untuk menyarung dan membuka baju.

Tambahan lain, Pattern untuk Kain Kurung Sera Zeana ini ialah “Susun Tepi”. Yang menarik lagi, kain kurung ini didatangkan dengan getah penuh dan mempunyai zip di bahagian tepi bagi memudahkan si pemakai.

#3 Banyak Pilihan Warna dan Design?

Bosan laa ada satu warna je! Haa jangan risau. Untuk Koleksi Kurung Batik Sera Zeana ini, NOOR ARFA bawakan 5 pilihan Warna untuk anda pilih, Antaranya, Glass Green, Northern Droplet, Subdued Blue, Sharp Green dan Clearwater. Selain itu, EKSKLUSIF untuk kurung ini setiap warna di datangkan dengan corak “Abstrak Kerawang” yang berbeza-beza. Yang penting BATIK DESIGN MALAYSIA!

#4 Badan “grand” boleh ke?

Jangan risau, Koleksi Kurung Sera Zeana mempunyai sehingga 8 pilihan saiz untuk wanita-wanita penjawat awam iaitu bermula Saiz S sehingga 5XL. Jadi jangan risau untuk yang berbadan “grand”, anda juga layak untuk tampil Anggun dan Berkeyakinan dengan fesyen terkini.

Kesimpulannya, untuk penjawat awam Wanita yang nak elak dikenakan tindakan disiplin kerana tidak berbatik, Jom NOOR ARFA bantu dengan Koleksi Kurung Batik “Design Malaysia” yang Eksklusif ini. Semoga artikel ini dapat membantu cikgu-cikgu atau penjawat awam yang sedang mencari baju harian kerja untuk tampil Anggun berbaju kurung Batik. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Koleksi Kurung Sera Zeana Noor Arfa? BOLEH TEKAN BUTTON DI BAWAH.

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *