Blog

Dari Malindo Ke Batik Air Malaysia

 

Hye semua! Siapa sini peminat corak batik? Saya ada berita gempak nak share dengan anda semua. Baru-baru ni anda dengar tak berita tentang syarikat Malindo Air? Sekarang mereka dah tukar kepada Batik Air.

Langkah ini sekaligus dapat memartabatkan seni batik di peringkat yang lebih tinggi. Sebab apa saya cakap macam itu? Mereka telah meletakkan corak batik pada body kapal terbang yang digunakan. Sebab itu saya cakap di peringkat yang lebih tinggi, di ruang udara kan. Hehe, gurau je. Saya ada sediakan sedikit berita tentang Batik Air tersebut. Layan!

Syarikat penerbangan Malindo Air bakal dijenamakan semula dan akan dikenali sebagai Batik Air Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Malindo Air berkata penjenamaan semula itu dilakukan bagi tujuan penyelarasan anak syarikat di bawah Lion Airlines iaitu Batik Airlines Indonesia dan juga Wings Air.

Susulan itu, Batik Air Malaysia akan memberi fokus kepada laluan antarabangsa manakala Batik Airways Indonesia pula akan memberi tumpuan kepada laluan serantau.

Selain dari nama yang ditukarkan, operasi lain bersangkutan syarikat penerbangan itu kekal tidak berubah.

Ketika ini kumpulan Lion Air Group menguasai Lion Air, Wings Air, Batik Air (Indonesia), Lion Bizjet, Malindo Air (Malaysia) dan Thai Lion Air (Thailand).

Haa, begitu lah serba sedikit beritan tentang penjenamaan semula syarikat Malindo Air tersebut Hehehe.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *