Blog

Malu Apa Bossku!

Menjadi fenomena hari ini berkenaan dengan tagline atau pun hashtag #maluapabossku. Semua ni bermula dengan posting yang dibuat oleh bekas perdana menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib. Beliau sekarang dah jadi popular dalam kalangan netizen dengan posting-posting yang mencuit hati.

Admin hari ni terpanggil untuk ulas isu ini dari sudut yang lain. Slogan ini seolah memberi semangat pada kita sebenarnya. Sekaligus memberikan kita keyakinan yang tinggi. Ya lah kan, malu apa bossku? Seakan menyentap sanubari kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada.

Dari sudut positif macam tu lah. Anda patut bangga dengan diri anda seadanya. Keunikan yang membuatkan anda berbeza dengan yang lain. Begitu juga negara kita. Apa yang kita ada? Kita hebat dari segi adat dan budaya yang menggambarkan negara Malaysia.

Bila sebut budaya ia berkait dengan seni dan warisan. Di sini admin nak highlight Seni Batik. Anda tahu Batik kan? Pernah pakai tak ni? Hehe. Anda tahu tak yang beza batik Malaysia dan Indonesia ini pada motif atau coraknya.

Kalau Batik Malaysia tu banyak menggunakan motif flora. Manakala, Batik Indonesia pula banyak gunakan motif Fauna. Kita patut bangga dengan seni batik kita. Kalau orang Indonesia boleh bangga dan sanggup pertahankan seni dan budayanya, mengapa tidak kita?

Sebab itu lah ada di antara mereka sampai maki kita pakai batik. Mereka ingat negaranya sahaja ada batik. Kalau macam itu susah jugak tu, tak tahu sejarah. Tapi semangat mereka itu kita boleh ambil. So, ayuh kita pakai produk batik jenama Malaysia. Selain Noor Arfa sendiri, belambak lagi usahawan batik lain. Janji anda support mereka.

So, malu apa bossku, pakai batik. Sekarang dah banyak baju batik yang cantik-cantik. Kemeja lelaki lagi lah. Pelbagai design anda boleh dapat. Sekarang ramai yang pakai baju batik bila pergi majlis kahwin dan keramaian. Ni salah satu langkah yang bagus. Teruskan ya! Jom tengok koleksi Batik bawah ni. Pasti anda nak grab satu nanti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *