Blog

9 Proses Menyebabkan Songket Mahal

Bila sebut pasal songket mesti teringat hari Raya atau majlis kahwin. Biasanya macam tu lah kan? Ramai yang cari songket untuk dipakai pada hari tersebut. Lain lah kalau orang yang kerja dekat istana kan, mungkin setiap satu hari dalam seminggu mereka kene pakai songket.

Ada ke yang tak tahu songket ni apa? Buat yang tak tahu tu, Kain Songket ni tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Sekarang ni rancak berkembang di Terengganu dan Kelantan.

Proses nak buat songket ni mengambil masa yang lama jugak kalau nak kira. Ada 9 proses yang terlibat. Proses ni sangat memerlukan penelitian dan kemahiran yang tinggi. So, jangan ditanya kenapa Songket mahal? Hehe.

Proses Pertama: Mencelup Benang

Benang akan dicelup untuk dapat warna yang berbeza. Benang yang terlibat ialah benang kapas dan sutera. Benang emas dan perak tidak perlu diwarnakan kerana warna aslinya telah ada.

Proses Kedua: Melerai Benang

Proses ini dibuat selepas kita siap mewarnakan benang tadi. Benang ini akan dililit pada batang buluh kecil untuk dijadikan benang peleting dengan bantuan alat rahat. Pada bingkai rahat  ini dimasukkan setongkol benang yang kemudian benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting

Rahat ni kalau sekarang orang panggil Roda Kayu yang sebesar jejari 12 inci dan dihubungkan pada tempat pemutar. Tempat pemutar itu dikenali sebagai Tangan Rahat.

Proses Ketiga: Mengani Benang

Proses untuk penyediaan benang loseng dengan menggunakan alat anian yang terdiri daripada pemidang peleting dan bingkai pembuat loseng

Proses membuat benang loseng bertujuan menentukan berapa panjang benang yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz dan jumlah kain dikehendaki. Benang akan dililit pada hujung kanan hingga ke hujung kiri tempat.

Proses Keempat: Menggulung Benang

Benang yang telah diregang dalam teknik anian akan digulung pada papan losen mengikut panjang kain yang telah dibuat pada Anian.

Losen ialah benang uang memanjang pada Kei. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali gulungan untuk memastikan gulungan yang dilakukan kemas.

Proses Kelima: Menyampuk Benang

Menyapuk dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang losen menggunakan alat yang dipanggil mengepit. Pada hujung losen, memerlukan benang yang lebih daripada badan bertujuan untuk mendapatkan tenunun yang lebih tebal pada tepi kain.

Proses Keenam: Mengarak Benang

Mengarak dilakukan dengan melilit benang karat kepada kayu karat. Jumlah benang yang akan dikarat adalah 2 urat setiap berselang dan akan disangkut pada kayu karat.

setelah selesai mengangkut benang pada kayu karat, benang tersebut akan dijalin supaya benang tersebut tidak bergerak. Jumlah karat yang digunakan biaanya dua karat sahaja dan setiap karat mempunyai 4 batang anak kayu.

Proses Ketujuh: Membuat Bunga

Benang pada losen akan dikira terlebih dahulu dan menggunakan belira untuk mengetahui jumlah bilangan benang yang telah dikira.

Setiap buanga yang telah disiap akan disimpul yang dipanggil “butang”.upah yang diambil untuk menghasilkan bunga bergantung kepada butang yang dihasilkan.

Biasanya kain songket ditenun menggunakan tekad tiga atau tekad lima. Jika tekad lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang alas ini desengkang pula dengan Belira.

Proses Kelapan: Menyongket

Semasa menenun kain, penenun memasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang ditenun. Kayu Sumbi digunakan untuk mengawal supaya tepi kain yang ditenun itu sentiasa lurus mengikut lebar kain yang ditentukan.

Proses Kesembilan : Menenun

Menenun merupakn proses terakhir, Losen akan dipangkah menggunakan benang pakan untuk dijadikan kain.bagi kain songket corak penuh, benang emas dilayarkan melalui Torak untuk menghasikan sulaman motif bunga atau hiasan.

Setelah benang emas dilayarkan, ia dikemaskan menggunakan Gentera dan dikuti pula dengan dua benang Pakan. Penenun akan menukarkan benang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *