Blog

AKTIVITI MENARIK DI TERENGGANU YANG ANDA “WAJIB” CUBA!

Oleh Admin Noor Arfa – Ogos 29, 2023

Pernah datang Terengganu? Haa! Kalau datang Terengganu, salah satu tempat WAJIB SINGGAH iaitu Noor Arfa Craft Complex yang terletak di Chendering, Kuala Terengganu. Satu-satunya tempat yang korang boleh “Mewarna Batik” tau!

Noor Arfa Craft Complex(NACC) adalah destinasi pelancongan yang popular di Terengganu. Tempat ini telah ditubuhkan sejak Tahun 1980-an dan menjadi salah satu Kompleks Kraf Tangan terbesar di Malaysia. Bukan itu sahaja, Ini antara aktiviti menarik di Terengganu yang korang WAJIB CUBA dan dapatkan pengalaman di Noor Arfa Craft Complex.

#1 Aktiviti Mewarna Batik:

Bagi para pengunjung yang berminat untuk meluangkan masa bersama tersayang dengan aktiviti yang lebih menghasilkan kreativiti diri, NACC menawarkan pengalaman mewarna batik sendiri yang unik. Pastinya, aktiviti ini akan memberi anda pengalaman mendalam tentang proses mewarna corak batik yang menarik.

#2 Aktiviti Mencanting Batik:

Selain itu, di sini anda dapat belajar cara melukis dan mencanting batik di atas kain putih dengan menggunakan “Canting Tradisional”. Pengalaman ini akan memberi anda kefahaman yang lebih mendalam terhadap kesulitan dan keindahan seni kraf batik.

#3 Demonstrasi Batik:

Selain daripada aktiviti mewarna dan mencanting batik, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri demonstrasi batik oleh para pelukis yang mahir. Menerusi demo ini, anda akan diperkenalkan kepada proses penghasilan batik yang lebih lengkap serta kehalusan dan keindahan hasil akhirnya. TAK TAHU KAMI AJAR!

#4 Demonstrasi Tenunan Songket:

Songket adalah salah satu warisan seni tradisional Melayu. Di NACC, anda dapat menyaksikan penenun menghasilkan songket dengan kesabaran dan ketelitian mereka. Melalui demonstrasi ini, anda dapat menghayati keunikan dan keindahan songket, serta mengagumi motif dan warna yang menghiasi kain tersebut.

#5 Aktiviti Memberi Makan Ikan:

Selain itu, di Noor Arfa Craft Complex anak-anak korang boleh juga melakukan aktiviti memberi makan ikan. Dikeliling NACC mempunyai kolam ikan yang besar untuk anak-anak meluangkan masa untuk melihat dan memberi makan kepada pelbagai jenis ikan yang ada di situ.


#6 Aktiviti Membeli-Belah Produk Batik:

Haa! Aktiviti yang terakhir ini mesti kaum ibu suka. Selain aktiviti di atas, di NACC juga terdapat satu showroom yang menjual berbagai produk yang berasaskan batik yang diberi nama Noor Arfa Batik Pavilion. Bukan produk Batik berjenama Noor Arfa sahaja yang ada di sini tau tapi sehingga 70 jenama Batik dari pelbagai Vendor ada di bawah satu bumbung.

Korang boleh dapatkan Hadiah Batik yang sangat Eksklusif dengan harga yang berpatutan untuk kesayangan. Antara produk yang ada di sini iaitu Batik Sarung, Baju Kurung, Kain Pelikat, Songket, Kain Pasang, Batik Kit dan lain-lain lagi.  

Akhir kata untuk blog kali ini, pelbagai aktiviti menarik yang anda dan tersayang WAJIB CUBA di Noor Arfa Craft Complex (NACC). Jangan lupa bawa pulang kenangan dan pengalaman unik yang tak terlupakan!

Nak BOOKING Aktiviti di atas? Jom hubungi kami SEKARANG 👇🏽 

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *