Blog

BUKTI CINTA PADA ALLAH MELEBIHI SEGALANYA!

Oleh Admin Noor Arfa – Jun 27, 2023

Bercerita tentang Korban Aildiadha, pasti kisah ketabahan Nabi Ibrahim AS dan Ismail akan terngiang-ngiang di fikiran semua umat islam.

Diriwayatkan, Allah SWT menguji ketaatan Nabi Ibrahim dengan memerintahkannya untuk menyembelih putera tercintanya Ismail. Ismail pun dengan ikhlas meminta ayahnya memenuhi perintah Allah tersebut. Tetapi atas izin Allah, Ismail digantikan dengan seekor kibas.

Peristiwa tersebut terjadi di bulan Dzulhijjah. Inilah sejarah awal permulaan Ibadah Korban pada Hari Raya Aildiladha. Untuk meneladani sikap terpuji para utusan Allah tersebut, Hari ini Noor Arfa ingin kongsikan “3 Hikmah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail” ke atas kita semua pada hari ini.

#1 Kecintaan Pada Allah Melebihi Segalanya

Betapa besar cinta Nabi Ibrahim AS kepada puteranya Ismail. Setelah berpuluh tahun menunggu dan berharap sambil berdoa, akhirnya Allah S.W.T mengurniakan mereka seorang anak. Setelah usianya menginjak dewasa, anak tercinta yang baru saja “dinantikan kehadirannya” harus DIKROBANKAN.

“Dapat dibayangkan betapa besarnya konflik jiwa, kerisauan yang dialami oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarga. Tetapi mereka sedar dengan sepenuh jiwa, bahawa Cinta kepada Allah harus mengatasi segalanya”

Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Ismail menunjukkan bahawa cinta kepada Allah SWT lebih utama dari cinta kepada apa pun dan siapa pun, termasuk jiwa-raganya sendiri. Ini semua terjadi apabila asas akidah umat dan pemimpin Islamnya kukuh dan tidak bergoyah.

#2 Pentingnya Keikhlasan Dalam Hidup

Dalam rentetan ayat tentang konflik jiwa Nabi Ibrahim AS daN Ismail tadi, Allah SWT mengakhiri firmannya dengan kalimat,

“Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Lalu kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

(QS Ash-Shafat: 106–107)

Oleh karena itu, korban dan pengorbanan yang dilakukan harus disertakan dengan niat yang ikhlas kepada Allah SWT.

#3 Keberkesanan Pendidikan Dalam Keluarga

Ismail bukan saja berbakti kepada ibu bapa, bahkan dia mempunyai kualiti iman yang sangat kukuh. Melalui iman kukuh inilah yang dapat melahirkan ibadah, kepatuhan dan akhlak yang baik. Betapa hebat jiwa yang dimiliki oleh sang anak atas didikan ibu bapa yang bijaksana.

Hanya ibu bapa hebat yang dapat melahirkan anak dengan kualiti jiwa yang hebat. Ucapannya lembut, sikapnya yang sabar, tawakal serta dapat menghiburkan ayahnya di saat kerisauan yang luar biasa.

MasyaAllah! Banyak rupanya Hikmah yang kita terima daripada kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. 
Semoga artikel “3 Hikmah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail” ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua sebagai anak-anak supaya sentiasa menghargai dan membalas jasa dan PENGORBANAN ibu bapa. 
Nak balas macam mana? Jom klik link di bawah. Semoga Bermanfaat untuk anda semua!

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *