Blog

Cantik Dengan Kaftan

DULU apabila menyebut mengenai kaftan, ramai membayangkan sepasang baju tidur berpotongan kelawar daripada fabrik batik atau sutera. Namun seiring perkembangan fesyen, kaftan melalui pelbagai evolusi baru dan ditampilkan dalam sentuhan kontemporari yang memikat bermula daripada segi potongan, penggunaan fabrik serta perincian manik sehingga memperlihatkan gaya anggun si pemakai. Lebih istimewa kaftan kini diangkat sebagai persalinan eksklusif untuk majlis formal terutama bagi wanita yang ingin tampil sopan dan anggun. Malah, sudah ramai wanita yang tampil cantik dengan kaftan.

Fesyen kaftan memenuhi kriteria penampilan elegan lagi bergaya. Apatah lagi jika fabrik digunakan daripada jenis mewah dan berkualiti tinggi seperti satin atau sutera sifon yang lembut dan beralun cantik.

Antara keistimewaan kaftan pada masa kini ialah :

ANGGUN – Material kaftan daripada fabrik sifon beralun cantik pada tubuh si pemakai.

FORMAL – Pemakaian kaftan tidak lagi dianggap pakaian di rumah, kini untuk majlis formal.

LEMBUT – Dengan pemilihan rona lembut dan polos ditambah perincian manik membuatkan kaftan lebih menarik.

MEWAH – Sesetengah pemakai kaftan sangat kreatif menambah perincian manik dan jemeki menambah gaya eksklusif dan mewah.

Busana kaftan asalnya adalah baju panjang berpotongan longgar, mempunyai sisi lurus, berlengan panjang dan belahan pada bahagian tengah. Jika diambil kira sejarah pemakaian kaftan, ia boleh dianggap antara koleksi fesyen sepanjang zaman kerana himpunan ini sesuai untuk semua bentuk tubuh. Tetapi si pemakainya hendaklah berhati-hati terutama daripada segi pemilihan rona dan corak.

Satin adalah fabrik paling tepat sebagai penyelamat kepada penampilan kerana dengan mutu fabrik yang terpelihara dan indah, ia menjadikan wanita tampil anggun lantaran fabrik ini terkenal dengan kelembutan sekali gus menyerlahkan keistimewaan derap langkah wanita.

Material Satin Memberikan Impak Yang Beralun

Bagi wanita bertudung, rekaan kaftan sangat sesuai dengan penampilan Muslimah kerana potongannya menutupi hampir semua bahagian tubuh. Namun mereka digalakkan memilih daripada fabrik satin bukannya lycra kerana lycra membuatkan busana mengikut bentuk tubuh wanita dan kelihatan seksi. Dengan beberapa kelebihan dalam rekaan kaftan, hakikatnya kaftan ini bukan hanya sesuai dipakai di rumah sebaliknya mempunyai kelebihan untuk dikembangkan menjadi persalinan kontemporari mewah. Perbezaan hanya pada potongan dan fabrik yang digunakan. Fabrik yang lembut, berat dan bersifat sejuk sesuai dijadikan persalinan labuh kerana mampu membuatkan kita berasa selesa sepanjang hari.

Sekian sahaja perkongsian& terima kasih untuk masa yang diluangkan untuk membaca coretan ini. Semoga pembaca semua mendapat manfaat untuk perkongsian ini.

Noor Arfa,
Senyuman KebahagiaanMu 💜

BERMINAT UNTK DAPATKAN KAFTAN DARI NOOR ARFA , BOLEH KLIK 👉🏻 DI SINI

Leave a Reply