Blog

Asal Usul Sarung Pelikat

Sarung Pelikat adalah pakaian yang amat sinonim bagi kaum lelaki. Terutamanya dari keturunan Melayu. Malah pemakaiannya telah meluas semenjak zaman kesultanan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke-15. Ia juga banyak dipakai oleh keturunan lain selain Melayu. Namun pemakaiannya mungkin terhad ketika bersantai di dalam rumah sahaja ataupun sewaktu tidur. Tapi tahukah pembaca semua tentang asal usul sarung pelikat?

Sarung pelikat by Noor Arfa
Sarung Pelikat By Noor Arfa
Sejarah

Pada zaman pertengahan iaitu kegemilangan Islam, kualiti dan standard tekstil masyarakat Islam di Semenajung Arab adalah sangat tinggi. Jadi tidak hairan lah, jika industri tekstil di era ketika itu telah mendapat pengaruh yang sangat besar. Terutamanya terhadap pembangunan industri tekstil negara Barat. Salah satu produk tekstil yang berkembang di era kegemilangan Islam dan masih bertahan hingga saat ini adalah Sarung Pelikat.

“Perusahaan tenunan tekstil merupakan industri penting di era kecemerlangan Islam”

Ahmad Y. Al-Hassan & Donald R. Hill

Dengan berkembangnya aktiviti perdagangan di masa lampau, kesan penggunaannya juga telah meluas ke negara-negara tumpuan pedagang seperti India, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Berkemungkinan juga penerimaan baik terhadap pemakaian sarung ini adalah disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan lembap di beberapa negara tersebut dimana sarung dapat menjamin keselesaan yang paling optimum.

Diperbuat daripada pelbagai bahan termasuklah kapas dan polyester atau pun campuran antara kedua-dua bahan. Manakala motifnya pula telah direka dengan padanan warna dan corak kekotak, garis vertikal, horizontal dan corak geometri lain yang menarik. Mungkin terdapat beberapa faktor yang membuatkan sarung begitu sinonim dalam tradisi Islam di Asia kerana sarung sangat mudah dipakai, selesa dan ringkas. Selain itu ukurannya yang panjang amat ideal untuk menutupi aurat dengan baik.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat sekurang-kurang sedikit pengetahuan mengenai sarung pelikat. Untuk pengetahuan semua pembaca, Noor Arfa turut mengeluarkan KOLEKSI SARUNG PELIKAT dari material FC Cotton iaitu cotton yang bermutu tinggi dan boleh HUBUNGI KAMI untuk dapatkannya.

Noor Arfa,
Senyuman KebahagiaanMu💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *