Blog

Keunikan Batik Sarung Sri Pasha

Perkongsian hari ini adalah istimewa untuk pembaca – pembaca yang minat akan pua kumbu atau corak yang seakannya. Ini kerana di Noor Arfa sendiri, kami mengeluarkan Batik Sarung yang bertemakan corak seakan-akan pua kumbu. Atau lebih dikenali dengan Batik Sarung Sri Pasha. Malah, batik sarung Sri Pasha sering menjadi pilihan dalam kalangan cikgu-cikgu sebagai pakaian harian ke sekolah. Secara tidak langsung dapat dijadikan satu perkongsian yang menarik bersama anak-anak murid. Jadi saya ingin kongsikan keunikan Batik Sarung Sri Pasha yang coraknya seakan-akan Pua Kumbu. Tapi apakah pua kumbu tu? Jadi di bawah ini saya kongsikan sedikit pengenalan mengenai pua kumbu.

Pua Kumbu

Pua kumbu adalah salah satu keunikan masyarakat Sarawak dan merupakan tekstil utama dalam kalangan kaum Iban. Di Sarawak, tenunan kain pua atau dikenali sebagai selimut (kumbu) adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak yang amat terkenal sebagai barang budaya di Sarawak. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang gemar dengan menyebutnya dengan “Batik Sarawak”.

Pada zaman dahulu, Pua kumbu hanya boleh digunakan dalam adat istana sahaja dan upacara seperti kelahiran, perkahwinan, pengebumian, perubatan, upacara bercucuk tanam. . Namun sekarang telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain lagi. Malah, jika pergi ke Sarawak, pua kumbu adalah salah satu buah tangan atau ‘ole ole’ untuk dibawa pulang. Haa jadi dah tahu kan. Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan antara koleksi Batik Sarung Sri Pasha dari Noor Arfa yang mempunyai corak seperti pua kumbu ni.

Menarikkan! Ada yang berkenan ke dengan Batik Sarung Sri Pasha ni? Jangan risau, buat yang berminat untuk mendapatkan Sarung Sri Pasha hanya perlu klik 👉🏻 Sri Pasha ya.

Sekian sahaja perkongsian untuk harini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ini.

Sekian, Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *