Blog

Cara Mendapatkan Minda Yang Sihat Dan Positif

Cara mendapatkan minda yang sihat & positif – “The Power of Positif Thinking”. Ini adalah pepatah english yang memberitahu tentang 1001 satu kebaikan jika kita memiliki minda yang positif. Minda yang sihat dan positif membantu pekerjaan seharian berjalan dengan tenang dan lancar.

Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan minda yang sentiasa sihat dan positif?

5 cara untuk mendapatkan minda yang lebih sihat dan positif

Apa yang dimaksudkan dengan “the power of positive thinking” atau dalam bahasa melayunya, kuasa daripada berfikiran positif?

Ia boleh didefinisikan kebaikan yang akan dimiliki oleh fizikal dan mental seseorang dengan memiliki minda positif. Pemikiran yang positif dapat memberi anda lebih banyak keyakinan, meningkatkan mood, dan bahkan mengurangkan kemungkinan terjadinya keadaan seperti hipertensi, kemurungan dan gangguan yang berkaitan dengan tekanan.

Mulakan pagi anda dengan kata-kata positif

Perkara pertama untuk memiliki minda yang sihat dan positif ialah perlu memiliki tidur yang cukup. Tidur awal adalah cara yang terbaik untuk memiliki tidur yang terbaik. Kualiti tidur yang maksimum juga membantu untuk lebih fokus dan bertenaga disiang hari. Sekali gus ia dapat membantu untuk sentiasa berfikiran positif. Bermula dengan bangun dari tidur terapkan pada diri kita kata-kata positif untuk menjadi lebih gembira dan berjaya. Contoh seperti “hari ini aku nak gembira-gembira je”, “Hari ini aku nak berjaya hafal al-quran”, “hari ini aku tak nak marah, nak tenang-tenang ja” dan sebagainya. Kita boleh menerapkan matlamat hidup yang positif, inshaAllah yang positif-positif juga akan datang.

Cari kebaikan dalam kegagalan

Setiap orang memang tidak dapat lari dari sekecil-kecil ujian dunia. Ujian dan halangan yang datang tidak akan pernah berhenti. Untuk menghadapi cabaran yang datang, cuba fokuskan kepada faedah daripada cabaran tersebut. Contohnya jika tertumpahkan air kopi pada baju dengan tidak sengaja, cuba fikirkan balik jika ia tertumpah ke lantai, pasti lebih susah untuk dicuci. Dengan berfikir faedah dari sesuatu cabaran itu, kita akan menjadi lebih tenang dan bersyukur.

Cari kelucuan didalam situasi yang tidak baik

Biarkan diri merasa sedikit lucu dengan keadaan yang paling getir. Tetapi kelucuan ini tidak boleh ditunjukkan kepada orang kerana mungkin akan dianggap gila. Cuba untuk berfikir bahawa sesuatu yang buruk terjadi itu mungkin akan menjadi sesuatu yang melucukan pada masa akan datang. Dengan cara ini, akan sedikit tenang dan seterusnya dapat memikir solusi yang terbaik untuk keluar daripada masa yang gelap.

Fokus dengan hari yang yang dialami sekarang

Perkara yang sedang dialami bermaksud anda hanya fokus bertul-betul detik yang sekarang. Walaupun lima minit lepas kita sedang marah, atau dimarahi, kita perlu belajar untuk melupakan perkara itu. Cuba fikirkan bahawa perkara yang sudah berlalu akan terbang dibawa angin. Jadi hanya fokuskan perkara yang mahu lakukan sekarang. Fokus pada yang saat yang sekarang. Anda akan merasakan bahawa dalam kebanyakan situasi, sekarang tidaklah seteruk mana situasinya. Sebilangan besar sumber negatif berasal dari ingatan tentang peristiwa baru-baru ini atau imaginasi masa depan yang terlalu baik. Jadi kekalkan perkara pada masa sekarang.

Cari kawan dan persekitaran yang positif

Teman-teman dan persekitaran yang positif akan mengeluarkan aura yang lebih positif yang boleh memberi impak yang besar dalam hidup. Cuba untuk mengelakkan daripada situasi negatif yang boleh memberi impak negatif pada minda. Sebagai contoh, teman-teman yang sedang mengumpat atau bercerita yang tidak baik. Pada situasi tidaklah kita perlu untuk bermasam muka. Cuma berikan alasan yang anda tidak boleh nak join mereka atas sebab-sebab tertentu.

Kesimpulannya, tidak semua orang boleh memiliki minda yang sentiasa positif. Tetapi jika kita mempraktiskan dengan berfikir cara ini, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan tanpa perlu memaksa diri. Jadi mulai sekarang, praktiskan sedikit demi sedikit untuk sentiasa mempunyai minda yang sihat dan positif.

Leave a Reply