Blog

Tips Penjagaan Batik Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

Sudah menjadi kebiasaan, setiap rumah orang Melayu pasti mempunyai sehelai kain batik. Corak serta warnanya yang unik membuatkan ia menjadi kain yang istimewa dan mempunyai nilainya tersendiri di sisi masyarakat Malaysia. Berikut merupakan beberapa Tips Penjagaan Batik Untuk Kekal Cantik Dan Menawan.

Jika fabrik batik anda adalah dari jenis kain kapas (cotton), anda dianjurkan untuk mencucinya bersama pakaian yang mempunyai warna senada (iaitu warna fabrik gelap bersama fabrik gelap dan fabrik terang bersama fabrik terang). Anda boleh mencuci dengan mesin basuh biasa tetapi dengan menggunakan air bersuhu dingin (cold / room temperature). Anda juga boleh mencuci batik anda dengan cucian tangan. Bahan pencuci yang digunakan hendaklah yang lembut (soft detergent).

Untuk penjagaan batik yang baru untuk pertama kali dipakai, anda disarankan untuk menambah dua kali bilasan batik tersebut bagi memastikan tiada sisa warna celupan yang luntur.

Cara Mencuci Batik Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

  • Jangan guna peluntur mempunyai ammonia dan peluntur keras lain
  • Selepas mencuci, guna mesin pengering dengan suhu sederhana panas atau mengeringkan di udara seperti lazimnya di Malaysia
  • Elakkan menjemur di cuaca matahari terik kerana akan memudarkan warna
  • Tidak digalakkan memintal batik yang masih basah untuk membuang air bagi mengelakkan kedutan pada tekstur batik
  • Biarkan air lebihan itu menitik di jemuran

Untuk fabrik batik yang lain seperti sutera dan kain crepe, anda dianjurkan untuk menghantar batik anda kepada Perkhidmatan Cucian Kering yang professional. Begitu juga jika batik anda mempunyai hiasan-hiasan tambahan seperti manik-manik, butiran mutiara dan lain-lain. Anda hendaklah menghantar ke perkhidmatan cucian kering professional. Setelah kering, anda bolehlah menggosok batik anda dengan suhu yang bersesuaian dengan jenis fabrik anda menggunakan semburan fabrik bagi memudahkan proses menyeterika. Penggunaan seterika jenis “garment steamer” atau “steam iron” tidak digalakkan.

Adalah lebih elok jika anda meletakkan satu alas kain di atas batik anda sebelum menggosok. Anda boleh memilih untuk melipatnya untuk simpanan selepas itu atau jika batik tersebut jarang dipakai, anda disarankan untuk menyimpannya di dalam beg plastik baju kedap udara untuk melindungi batik tersebut. Yang pastinya, batik harus disimpan ditempat yang jauh dari sinaran matahari.

Semoga langkah-langkah yang dinyatakan bermanfaat untuk anda menjaga batik anda agar sentiasa cantik dan menawan.

JIKA INGIN MENDAPATKAN SET PENJAGAAN BATIK DARI NOOR ARFA, BOLEH KLIK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *