Blog

Kaedah Mendidik Anak Mengikut Cara Islam

Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan? Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi. Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mari kita lihat tips dan kaedah mendidik anak mengikut cara Islam.

NAMA PANGGILAN YANG BAIK
NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Perkara utama dalam mendidik anak ialah nama panggilan yang baik. Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu. Di samping itu, pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan mereka lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
BERIKAN PUJIAN PADA ANAK

Jangan lupa untuk berikan pujian setiap kali anak -anak berbuat kebaikan. Berikan pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Malah peluklah anak anda pada setiap hari. Ini kerana pelukan adalah satu terapi. Anak-anak suka dipeluk oleh ibu dan ayah mereka. Semasa kita kecil, tentu kita rasa dihargai apabila sering dipeluk cium oleh ibu bapa kita sendiri. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

AKUI KESILAPAN ANAK
AKUI KESILAPAN ANAK

Janganlah mengharapkan anak-anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.

Oleh itu, didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka. Sama-sama kita sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Semoga pembaca semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Terima kasih kerana telah sudi membaca coretan dari saya.

Sekian, Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu 💜

BAGI IBUBAPA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN OUTFIT SEPERTI DI ATAS, BOLEH KLIK LINK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply