Blog

CIKGU “CEMERLANG” MACAM MANA?

Oleh Admin Noor Arfa – Mei 21, 2023

Menjadi CIKGU yang cemerlang tidak semudah yang difikirkan. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh seseorang cikgu sebelum mereka menjadi guru cemerlang dalam bidang masing-masing. Cikgu tak perlu untuk Work Hard tapi Work Smart!

Sempena Hari Guru yang bakal menjelma beberapa hari lagi ini, Noor Arfa ingin kongsikan “4 Tips Menjadi Cikgu Cemerlang” untuk cikgu-cikgu praktikkan. Jom kita lihat dan Selamat Mencuba!

#TIPS1 – LOKASI MENGAJAR

Kebanyakan cikgu akan berfikir cara kreatif untuk menawan hati para pelajarnya. Ini kerana, dalam sesebuah kelas pastinya terdapat golongan pelajar yang mudah mengantuk, buat hal sendiri, tidak sukakan subjek tersebut dan pelbagai lagi.

Jadi, cikgu-cikgu perlu kreatif dalam pengajaran. Kebiasaanya, cikgu akan mengajak pelajar-pelajar untuk belajar di luar kelas bagi mengambil angin dan suasana baru. Pastinya mengajar di bawah pokok di tepi padang menjadi pilihan ramai cikgu dan pelajar.

Korang pernah ada pengalam macam ni?

#TIPS2 – KREATIF

Straight je mengajar, BOSAN! Seorang cikgu perlu menjadi kreatif sewaktu mengajar. Sebabnya cikgu perlu menawan hati pelajar bagi menarik minat mereka terhadap pembelajaran yang sedang berlaku. Apatah lagi, kalau terdapat segelintir pelajar yang nakal dan tidak fokus di dalam kelas.

Penggunaan alat bantu mengajar ternyata mampu menarik pelajar untuk lebih fokus dan menghayati pembelajaran. Begitu juga dengan penyertaan pelajar seperti lakonan, teka teki, dan aktiviti berkumpulan untuk memberikan mereka lebih pemahaman tentang sesuatu subjek.

#TIPS3 – PUJIAN

Cikgu tolong yaa jangan kedekut dengan pujian! Berikan pujian kepada setiap jawapan yang pelajar berikan walaupun kurang tepat. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menyertai sesi soal jawab bersama guru. Jika jawapan yang diberikan adalah salah, usah ketawakan mereka sebaliknya cuba bantu mereka dengan berikan hint untuk mereka mendapatkan jawapan yang betul atau paling hampir.

#TIPS4 – GANJARAN

Confirm jadi cikgu kesayangan ni! Untuk merancakkan lagi sesi pembelajaran, cikgu-cikgu boleh mengambil inisiatif sendiri dengan membeli barang-barang yang simple dengan bajet yang rendah seperti pen, buku nota kecil, duit atau gula-gula untuk diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan, menyiapkan latihan lebih awal daripada masa ditetapkan ataupun apa saja yang mampu membuatkan seorang itu gembira semasa sesi kelasnya berlangsung.

Mudah bukan! Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel CIKGU “CEMERLANG” MACAM MANA? ini sedikit sebanyak dapat membantu CIKGU-CIKGU di luar sana untuk lebih aggresif dalam membantu kejayaan pelajar-pelajar. Selamat Mencuba!

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *