Blog

Cikgu selalu “BADMOOD”, Pelajar Terkesan Sampaikan Sanggup….

Oleh Admin Noor – Februari 21, 2023

Cikgu selalu BADMOOD, pelajar terkesan sampaikan sanggup buat perkara yang dilarang di sekolah. Cikgu adalah model bagi pelajar selain ibu bapa. Setiap pendidik terutama guru diberi kepercayaan untuk mengajar anak-anak, jadi penting baginya menonjolkan teladan yang baik bagi mencorak anak menjadi manusia yang penuh kebaikan.

Bayangkan jika seseorang guru yang mempunyai nilai murni yang tinggi, jiwa pengasih, sabar dan emosi seimbang, pastinya manusia yang akan di bentuk adalah insan yang mempunyai keperibadian mulia kerana asas didikan yang diberikan adalah baik.

JIKA seorang guru gagal memhami tugasannya sebagai pendidik, tidak ada displin diri yang tinggi, kurang nilai kasih sayang dalam diri, terikut-ikut EMOSI (selalu badmood), bayangkan bagaimana anak murid yang dibentuk daripada nilai personaliti yang lemah ini. Sudah pasti anak berkenaan turut sama “memberontak” sehingga sanggup melakukan hal-hal yang dilarang antaranya ponteng kelas dan sekolah, tidur di dalam kelas, gejala buli, vandalisme dan sebagainya.

“Jelaslah, emosi seorang Pendidik terutamanya guru amat penting untuk di jaga supaya tidak memberi kesan yang negatif kepada orang sekeliling terutamanya pelajar. “

Sehubungan itu, hari ini Noor Arfa ingin kongsikan Tips Warna Pakaian Mengikut Hari Dan Psikologi yang boleh dijadikan rujukan kepada Guru Wanita supaya Tampil Ceria, Bahagia dan Berkeyakinan. Cikgu tahu tak, setiap warna pakaian yang anda pakai mempunyai “aura” yang tersendiri yang dapat menyerlahkan lagi penampilan dan emosi cikgu. Dalam tak sedar, warna pakaian yang anda pakai hari-hari tu turut mempengaruhi “emosi” Cikgu-Cikgu tau! Cikgu Bahagia, Pelajar pun akan belajar dengan Bahagia. Barulah pelajar makin sayang!

AHAD – WARNA HITAM (Privasi & Selesa)

Warna HITAM membuatkan anda berada dalam Zon Selesa dan Privasi. Keadaan ini amat sesuai untuk cikgu-cikgu berehat agar kembali bertenaga menghadapi cabaran hari esok.

ISNIN – WARNA PUTIH (Kesucian Rohani & Semangat)

Warna PUTIH akan membuatkan Cikgu-Cikgu berasa Yakin dan Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan Tenang.

SELASA – WARNA MERAH JAMBU/UNGU (Kasih Sayang)

Warna MERAH JAMBU dan UNGU ini memiliki Kasih Sayang dan Tumpuan. Aura Positif daripada Merah Jambu membuatkan anda berasa Gembiran dan Selesa. Ini memudahkan Cikgu-CiKgu untuk Fokud terhadap tugasan kerja. Warna ini juga menjadikan anda Lebih Ceria dan kelihatan Muda daripada usia sebenar.

RABU– WARNA BIRU (Memudahkan Komunikasi)

Warna BIRU dikatakan mampu melancarkan dan memudahkan Komunikasi. Ia juga dapat mendorong Cikgu-Cikgu untuk berfikiran Rasional dan membuat keputusan dengan Tepat.

KHAMIS – WARNA KUNING/OREN (Bergerak Aktif)

Warna KUNING/OREN dapat memantulkan Tenaga dan menjana pemikiran yang lebih Kreatif dan Kritis. Dua warna tersebut memberi Keceriaan dan membuatkan Cikgu bergerak aktif melakukan segala tugasan dengan pantas. Warna ini juga dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dengan pemikiran Cergas sepanjang hari.

JUMAAT – WARNA HIJAU (Beri Ketenangan)

Warna HIJAU adalah lambang Iman dan Keseimbangan dalam kehidupan, Ia mampu memberi ketenangan untuk diri Cikgu.

SABTU – WARNA MERAH (Berani dan Tuah)

Warna MERAH sangat sesuai digayakan pada hari Sabtu kerana ia membangkitkan aura Keberanian, Kemewahan dan Tuah kepada si pemakai. Aura Merah mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, dapat memberi perubahan yang lebih baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Cikgu selalu “BADMOOD”, Pelajar Terkesan Sampaikan Sanggup…. ini sedikit sebanyak dapat membantu Cikgu-Cikgu memilih warna pakaian yang sesuai sebagai salah satu Tips untuk mengawal emosi “negatif”! 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *