Blog

Guru Wanita Temui Ajal, Alami Stress Melampau Asbab “Kerja Lebih Masa”!!

Menerusi satu perkongsian di Facebook pengguna, beliau telah menceritakan kembali perihal seorang guru wanita yang menemui ajal akibat masalah kesihatan berpunca daripada tekanan kerja.

Masa itu Emas, Work Hard vs Work Smart…

Masa itu emas, sekali ia sudah berlalu sudah tidak dapat diulang semula. Namun bagaimana nak pastikan anda sebagai Wanita Versatile dapat uruskan masa dengan baik?
Selain itu, kebanyakan daripada kita pula percaya bahawa dengan sibukkan diri melakukan banyak kerja bermakna anda “Work Hard” dan akan lebih berjaya.
Ada kebenarannya, TAPI banyak kesan buruknya seperti membawa kepada produktiviti yang tak terarah, sentiasa melakukan sesuatu perkara yang kecil dan membazir masa.
Sebaliknya, anda boleh menggunakan pendekatan ini, bekerja dengan bijak “Work Smart” dan bukannya keras.
Sehubungan itu, kami kongsikan beberapa Tips Urus Masa Dengan Bijak yang boleh dijadikan idea kepada Wanita Berkerjaya dengan melakukan mengikut kesesuaian masing-masing.

#TIPS1 Selesaikan tugas paling penting dulu

Ini merupakan “Peraturan UTAMA” kepada pengurusan masa. Setiap hari kenal pasti 2 atau 3 tugas yang paling kritikal untuk disiapkan dan dilakukan terlebih dahulu.

#TIPS2 Belajar katakan tidak

Anda perlu menolak sesuatu peluang tertentu bagi memastikan tidak terlalu banyak komitmen hingga membuatkan ia tidak dapat dilakukan.
Objektif anda hanya untuk mengambil komitmen kepada perkara yang anda tahu mempunyai masa dan memang mahu melakukannya.

#TIPS3 Tidur yang cukup

Mungkin kita fikir, jika korbankan masa tidur akan buatkan lebih banyak masa bagi melakukan tugas-tugas.
Bagaimanapun kebanyakan daripada kita memerlukan tidur yang cukup 7-8 jam bagi memastikan badan dan minda dapat berfungsi secara optimal.

#TIPS4 Fokus sepenuhnya kepada tugas di tangan

Urus masa anda dengan fokus kepada satu perkara itu, bagi memastikan ia dapat disiapkan. Jauhkan diri dari telefon dan perkara-perkara lain.

#TIPS5 Mula lebih awal, “Jangan Tangguh”

Kebanyakan orang ada sikap menangguh ini. Rasa pasti boleh siap, seperti dilakukan sebelum-sebelum ini kan.
Bukankah lebih baik jika anda bermula awal bagi sesuatu tugasan itu berbanding tunggu pada saat akhir.

#TIPS6 Tetapkan had masa tugasan

Daripada fikir bahawa anda akan terus berada di meja sehingga tugas selesai, baik anda tetapkan masa tertentu untuk siapkannya.
Tempoh masa ini dapat buatkan anda fokus dan efisien untuk siapkannya dalam masa ditetapkan itu.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Guru Wanita Temui Ajal, Alami Stress Melampau Asbab “Kerja Lebih Masa”!! ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda Wanita Versatile! Sila kongsikan Soalan atau Cadangan anda di ruangan komen di bawah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *