Blog

JANGAN “PINGGIRKAN” GOLONGAN INI!!!

Oleh Admin Noor Arfa – Mei 15, 2023

“Senyuman Kebahagiaan mereka sangat bermakna”

Kongsi rezeki. Inilah cara terhebat untuk mencari keberkatan dalam rezeki yang kita ada bersama “mereka” yang memerlukan. Tak mustahil ada banyak jalan yang boleh kita lakukan agar rezeki yang kita ada ini dapat dikongsi bersama orang lain.

Salah satu cara dengan memberi makan kepada Golongan Asnaf. Mungkin saat kita merasai nikmat dapat makan makanan yang lengkap dan sedap, ada di antara mereka yang di luar sana tidak berpeluang seperti kita.

Apa itu Golongan Asnaf?

Asnaf adalah merupakan golongan yang menghadapi kesusahan hidup dan memerlukan bantuan zakat. Biasanya, golongan ini mempunyai pelbagai masalah dan sukar untuk mencari sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Ini antara 8 Golongan Asnaf:

  • Asnaf Fakir
  • Asnaf Miskin
  • Asnaf Amil
  • Asnaf Muallaf
  • Asnaf Riqab
  • Asnaf Fisabilillah
  • Asnaf Gharimin
  • Asnaf Ibnu Sabil

Kongsi Rezeki Bersama Golongan Asnaf

Dalam kesempatan inilah, Noor Arfa mengambil peluang dengan menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengadakan Majlis Berbuka bersama Golongan Asnaf yang bertempat di Dewan Terbuka Noor Arfa Craft Complex (NACC) Chendering, Kuala Terengganu bulan lalu. Alhamdulillah, seramai 100 golongan asnaf sekitar Chendering hadir ke majlis tersebut.

Selain itu, Pengasas Noor Arfa, Encik Wan Mohd Ariffin dan isteri, beserta Pengarah Urusan Noor Arfa Encik Wan Mohd Hafiz dan isteri turut serta menyantuni tetamu-tetamu. Beliau berkata program CSR ini sebagai salah satu cara untuk berkongsi rezeki, meraikan mereka dan meringankan beban mereka di bulan Ramadan.

Majlis yang dimulai sebelum Waktu Magrib dengan Aktiviti Usrah, Bacaan Yaasin dan Solat Maghrib Berjemaah dan diteruskan dengan sesi Berbuka Puasa dan pemberian barangan keperluan asas. Mudah-mudahan dapat meringankan beban mereka di bulan Ramadan.

Baiklah, demikian perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi untuk semua supaya sentiasa berbuat baik kepada golongan Asnaf. Sangat besar ganjarannya Dunia dan Akhirat.

In Shaa Allah.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel JANGAN “PINGGIRKAN” GOLONGAN INI!!! ini sedikit sebanyak dapat memberi iktibar kepada kita semua.

Jangan lupa follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *