Blog

NACC Tu Kat Planet Mana? Takde Kat Tempat Lain Nie!

Oleh Admin Noor Arfa – Julai 25, 2023

“Pasti Terlukis Memorimu”

Dipetik daripada Admin page “amazing.terengganu”, Pernah datang Terengganu? Terengganu salah satu negeri di pantai timur Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, budaya yang kaya, dan seni warisan yang menawan. Kalau datang Terengganu, salah satu tempat WAJIB SINGGAH iaitu Noor Arfa Craft Complex yang terletak di Chendering, Kuala Terengganu. Satu-satunya tempat yang korang boleh “Mewarna Batik” tau!

Noor Arfa Craft Complex(NACC) adalah destinasi pelancongan yang popular di Terengganu. Tempat ini telah ditubuhkan sejak Tahun 1980-an dan menjadi salah satu Kompleks Kraf Tangan terbesar di Malaysia. Ini antara aktiviti menarik yang korang boleh cuba dan dapatkan pengalaman di Noor Arfa Craft Complex.

#1 Aktiviti Mewarna Batik:

Bagi para pengunjung yang berminat untuk meluangkan masa bersama tersayang dengan aktiviti yang lebih menghasilkan kreativiti diri, NACC menawarkan pengalaman mewarna batik sendiri yang unik. Pastinya, aktiviti ini akan memberi anda pengalaman mendalam tentang proses mewarna corak batik yang menarik.

#2 Aktiviti Mencanting Batik:

Selain itu, di sini anda dapat belajar cara melukis dan mencanting batik di atas kain putih dengan menggunakan “Canting Tradisional”. Pengalaman ini akan memberi anda kefahaman yang lebih mendalam terhadap kesulitan dan keindahan seni kraf batik.

#3 Demonstrasi Batik:

Selain daripada aktiviti mewarna dan mencanting batik, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri demonstrasi batik oleh para pelukis yang mahir. Menerusi demo ini, anda akan diperkenalkan kepada proses penghasilan batik yang lebih lengkap serta kehalusan dan keindahan hasil akhirnya.

#4 Demonstrasi Tenunan Songket:

Songket adalah salah satu warisan seni tradisional Melayu. Di NACC, anda dapat menyaksikan penenun menghasilkan songket dengan kesabaran dan ketelitian mereka. Melalui demonstrasi ini, anda dapat menghayati keunikan dan keindahan songket, serta mengagumi motif dan warna yang menghiasi kain tersebut.

Akhir kata untuk blog kali ini, pelbagai aktiviti menarik yang anda dan tersayang dapat lakukan di Noor Arfa Craft Complex (NACC). Jangan lupa bawa pulang kenangan dan pengalaman unik yang tak terlupakan!

Nak BOOKING Aktiviti di atas? Jom hubungi kami SEKARANG 👇🏽

Dan jangan lupa dapatkan DISKAUN PENJIMATAN RM10 untuk pembelian di Noor Arfa Craft Complex dengan tunjukkan Video di bawah pada cashier.

Jangan lupa follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *