Blog

VIRAL – PERTANDINGAN PIALA BATIK ARFA 2019 (NOOR ARFA)

Buat kesekian kalinya, Noor Arfa akan menganjurkan Festival Ganu Kite yang akan berlangsung pada 13-14 November 2019. Pelbagai aktiviti yang menarik akan dianjurkan seperti dome show, fun games, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Paling menarik ialah Pertandingan Piala Arfa 2019 yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang mengikut kategori yang disertai.

Dengan bertemakan “Rebung Dilentur, Batik Dicanting” ia membawa makna untuk kita sebagai orang dewasa mengajar kanak-kanak untuk mencintai dan memupuk semangat cintakan warisan sejak kecil. Hal ini kerana, batik merupakan tinggalan warisan daripada nenek moyang kita lagi jadi jika tidak diterapkan budaya cintai warisan maka akan pupuslah warisan ini pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak Noor Arfa mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan ini yang mempunyai dua kategori iaitu painting batik 17×17 iaitu kategori terbuka dan kategori batik kit 7×7 terbuka untuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kelainan upaya peringkat rendah dan menengah.

Diharap dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Noor Arfa dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencintai warisan negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *