Blog

Berkongsi “TENAGA” dengan Penduduk Setempat

Oleh Admin Noor Arfa – Julai 12, 2023

“Bersyukur sangat-sangat ada orang nak tolong makcik-makcik duk bersih surau ni”

Bergotong-royong adalah nilai murni yang telah lama menjadi tradisi dan budaya di kalangan masyarakat kita. Ia menggambarkan semangat gotong-royong, kerjasama, dan kesepakatan dalam menyelesaikan tugas bersama. 

Dalam usaha memupuk semangat ini, hari ini Noor Arfa ingin berkongsi pengalaman menarik tentang aktiviti bergotong royong yang melibatkan Aktiviti membersihkan surau bersama penduduk setempat di Surau Al-Salam, Chendering Terengganu minggu lalu.

Surau adalah tempat suci bagi kami sebagai umat Islam, dan kami sedar bahawa penting untuk menjaga kebersihan dan keindahannya. Dalam semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab, kami berusaha untuk membuat perubahan positif dengan mengumpulkan penduduk setempat untuk bergotong royong membersihkan surau bersama-sama.

Aktiviti yang disertai lebih daripada 10 orang penduduk setempat dan Team Noor Arfa berlangsung dengan penuh keceriaan dan ukhuwah tercipta di antara semua.Mereka membentuk kumpulan kecil untuk setiap tugas seperti menyapu dan membasuh lantai, membersihkan kipas dan tingkap, vacuum karpet, dan membersihkan tempat wuduk.

Aktiviti ini tidak hanya sekadar membersihkan surau, tetapi juga menguatkan lagi ukhuwah di kalangan penduduk setempat. Alhamdulillah, aktiviti yang bermula pada Jam 3 petang berakhir pada jam 5 petang. Surau kelihatan bersinar dan bercahaya, dan siap untuk menyambut kegiatan keagamaan mendatang.

Aktiviti yang dilakukan ini juga sebagai salah satu cara untuk Team Noor Arfa “berkongsi rezeki” melalui Tenaga dengan melakukan aktiviti ini bersama-sama. Selain itu, aktiviti yang di lakukan ini banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Aktiviti bergotong-royong membersihkan surau bersama penduduk setempat adalah bukti betapa kuatnya nilai kerjasama yang dapat menciptakan perubahan positif.

Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga kebersihan surau sebagai rumah ibadat kita. Semoga artikel “Noor Arfa CAKNA – Gotong Royong Bersih Surau” ini memberi manfaat dan inspirasi untuk semua supaya mengadakan lebih banyak lagi aktiviti sebegini dan memperkuat semangat gotong-royong bersama masyarakat setempat. Sangat besar ganjarannya Dunia dan Akhirat. In Shaa Allah.

Jangan lupa follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *