Blog

Jangan sampai tertukar “orang” sudah!

Oleh Admin Noor Arfa – Julai 22, 2023

“Happy muka masing-masing bila dapat Hadiah daripada rakan kerja”

Aktiviti bertukar hadiah antara rakan kerja adalah aktiviti yang menyeronokkan dan sangat berkesan untuk membina hubungan yang baik dalam tempat kerja. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan semangat dalam pasukan, tetapi juga mencipta ikatan rapat antara rakan kerja.

Bulan lalu, Team Noorarfarians telah mengadakan aktiviti “Suka Ria Noorarfarians”. Dalam aktiviti tersebut, setiap Group yang telah dibahagikan kepada 6 kumpulan akan membuat persembahan. Ada yang membuat persembahan silap mata, nyanyian, tarian dan sebagainya.

Setelah itu, aktiviti kemuncak iaitu Aktiviti “Bertukar Hadiah” pula dijalankan dengan penuh meriah dan ceria. Aktiviti yang dilakukan ini sebagai salah satu cara untuk Team Noor Arfa “berkongsi rezeki” melalui Hadiah yang ditukar-tukar antara rakan kerja.

Terdapat pelbagai idea Pertukaran Hadiah yang boleh dijadikan idea setiap organisasi antaranya,

#1 Pertukaran Hadiah Tema:

Satu idea yang menarik untuk aktiviti bertukar hadiah adalah mengadakan pertukaran hadiah berdasarkan tema tertentu. Setiap peserta akan diberikan arahan untuk memilih hadiah yang berkaitan dengan tema tersebut. Contohnya, team Produk Malaysia. Jadi masing-masing akan mencari hadiah berdasarkan tema Produk Malaysia contohnya Sarung Batik.

#2 Pertandingan Pertukaran Hadiah Kreatif:

Mengadakan pertandingan pertukaran hadiah kreatif adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk menyemarakkan suasana tempat kerja. Setiap peserta akan diberikan tugasan untuk membuat hadiah unik dan kreatif untuk rakan kerja mereka. Hadiah boleh berupa cenderamata, seni tangan, atau benda yang mempunyai makna khas untuk penerima. Ini memberi kesempatan kepada semua rakan kerja untuk menunjukkan bakat mereka dan mengukir kenangan yang manis.

#3 Pertukaran Hadiah Rahsia:

Pertukaran hadiah rahsia adalah yang paling popular dalam kalangan rakan sekerja di banyak organisasi. Setiap peserta akan diberikan nama seorang rakan kerja secara rahsia, dan mereka perlu membeli atau membuat hadiah khas untuk orang tersebut. Penyertaan rahsia memberikan kejutan yang menyeronokkan dan memupuk rasa keinginan untuk mengenali rakan kerja dengan lebih baik. Tetapi pastikan bahawa semua peserta menetapkan had hadiah yang munasabah untuk memastikan semua orang mendapat manfaat daripada pertukaran ini.

Aktiviti bergotong royong membersihkan pantai adalah langkah kecil yang dapat memberikan impak besar terhadap kebersihan pantai dan laut. Selain itu, penglibatan komuniti dalam kegiatan ini akan meningkatkan lagi kesedaran dan ukhuwah sesama manusia. 

Oleh itu, Jom sama-sama tingkatkan semangat dan ukhuwah antara rakan kerja anda melalui aktiviti bertukar hadiah yang menyeronokkan ini! Semoga artikel “Suka Ria Noorarfarians” ini memberi manfaat dan inspirasi untuk semua supaya sentiasa berkongsi rezeki dengan ramai orang. Sangat besar ganjarannya Dunia dan Akhirat. In Shaa Allah.

Tengah mencari Hadiah yang EKSKLUSIF untuk Tersayang? Jom kami bantu dengan klik link di bawah!

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *