Blog

Cikgu Nak Cari “PERHATIAN” ke?

Oleh Admin Noor – Mac 13, 2023

“Guru kerja di sekolah bukan instafamous” – Hanya sebab suka bergaya seperti model, Cikgu ini dikecam?

Pernah terbaca kisah Viral Cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Fildza Daniel yang teruk dikecam kerana suka bergaya ala model di Social Media beliau? Sehingga ada seorang netizen memberi komen “Sebagai seorang guru awak tak sepatutnya terlalu bergaya”.

Setelah mendapatkan maklum balas berkenaan “Cikgu Berfesyen” di sekolah dalam kalangan masyarakat, ramai berpendapat tidak salah seorang Pendidik berfesyan tapi jangan terlalu “Over”. Sebenarnya, Cikgu yang berketerampilan menarik dapat menarik minat pelajar untuk fokus di dalam kelas.

Bayangkan jika seseorang guru berpakaian selekah atau tidak kemas ke sekolah, pastinya memberi contoh yang tidak bagus pada pelajar. Cikgu adalah model bagi pelajar selain ibu bapa. Setiap pendidik terutama guru diberi kepercayaan untuk mengajar anak-anak, jadi penting baginya menonjolkan contoh yang baik bagi mencorak anak menjadi manusia yang penuh kebaikan.

Sehubungan itu, hari ini Noor Arfa ingin kongsikan Tips Pattern Baju Yang Sesuai Untuk Guru Wanita Tampil Anggun yang boleh dijadikan rujukan kepada Guru Wanita supaya Tampil Anggun berfesyen bersesuaian dengan profesion seorang guru.

#PATTERN 1 – KURUNG MODERN

Jika mahu tampil sedikit berbeza tapi masih mahu kelihatan ayu ketika mengajar di sekolah, beralihlah ke penggayaan baju Kurung Modern. Agak menonjolkan bentuk tubuh berbanding rekaan baju kurung yang loose kerana mempunyai “dart” di bahagia belakang baju. Ringkasnya sangat sesuai untuk semua wanita.

#PATTERN 2 – KURUNG RIAU MODERN

Baju Kurung Riau Modern seakan Kurung Pahang tetapi tidak mempunyai “pesak”. Pattern Riau Modern adalah gabungan Pattern Kurung Pahang + Mini Kurung Modern. Jadi pattern baju sedikit singkat tetapi lebar dan besar dibawah. Jadi sesuai untuk cikgu-cikgu gayakan sewaktu ke sekolah.

#PATTERN 3 – KURUNG PAHANG

Baju Kurung Pahang menjadi pilihan di kalangan warga Pendidik kerana kelihatan “Elegent dan Sopan”. Design asalnya hanya kain bercorak kosong dihiasi dengan selendang. Tetapi di era kini, kain bercorak juga menjadi pilihan untuk dijadikan Baju Kurung Pahang. Pattern ini  mempuanyai “pesak” di bahagian tepi baju dan sangat selesa dengan saiznya, yang lebar dan besar dibawah.

“Suka dengan design Simple tapi Elegent untuk cikgu-cikgu mengayakannya pada hari sekolah. Malah design ini selesa dipakai sepanjang hari,”

Cikgu Maria

#PATTERN 4 – KURUNG MINI MODERN

Baju Kurung Mini Modern kebiasaanya mempunyai “dart” di bahagian belakang dan depan. Ciri-cirinya sama seakan Kurung Modern tetapi pattern baju sedikit singkat tetapi lebar dan besar dibawah. Jadi sesuai untuk cikgu-cikgu gayakan sewaktu ke sekolah.

“Jelaslah, Penampilan seorang Pendidik terutamanya guru amat penting untuk di jaga supaya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti. “

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Cikgu Nak Cari “PERHATIAN” ke? ini sedikit sebanyak dapat membantu Cikgu-Cikgu memilih Pattern pakaian yang bersesuaian untuk ke sekolah nanti. Ingat! Tidak salah cikgu berfesyen TAPI ada batasnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *