Blog

Tamparan Hebat Kehilangan Suami, Wanita Derita 11 PENYAKIT KRONIK Ini Nekad….

Oleh Admin Noor – Mac 18, 2023

Tamparan Hebat Kehilangan Suami, Wanita Nekad Tampil Lebih Berkeyakinan hadapi 11 PENYAKIT KRONIK tanpa Suami disisi!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berat sungguh ujian buat ibu tunggal kepada 7 orang anak ini.

Ibu mana yang tidak mahu melihat semua anak dibesarkan dengan keluarga yang sempurna, begitu juga Puan Alina Ali seorang pesara guru yang dikurniakan 7 orang anak, dimana salah seorang daripada mereka seorang “Anak Istimewa”.

Namun, takdir Allah SWT “menuliskan” sebaliknya apabila secara tiba-tiba pada tanggal 31 Ogos 2015 beliau telah kehilangan suami tercinta akibat serangan jan

Tamparan Hebat Kehilangan Suami

Bercerita kisahnya , Puan Alina berkata kehilangan suaminya sangat memberi perubahan drastik buat dirinya, di mana harus membesarkan 7 orang anak seorang diri dan menganggap satu tamparan hebat buatnya, namun menerima ketentuan takdir dengan redha.

“Hinggalah terjadi satu kisah, pada Jam 11 malam saya tiba-tiba jatuh pengsan dan diserang sawan akibat Post Trauma daripada kehilangan suami dan doktor mengesahkan saya menghidap satu penyakit yang RARE (Kelemahan Otot) yang menakibatkan lumpuh 1 badan dan dimasukkan ke ICU.

Disebabkan tragedi itu, anak sulung beliau terpaksa menangguhkan pengajian untuk menjaga ibu beliau dengan adik-adiknya. Pada Tahun 2017, Puan Alina di dapati mempunyai “tumor” antara atas kanan jantung dan perlu melakukan pembedahan untuk membuang tumor tersebut.

Pada tahun yang sama juga, anak istimewa beliau yang menhidap penyakit jantung berlubang juga memerlukan perhatian yang lebih iaitu terpaksa keluar masuk hospital bagi menjalani proses rawatan.

Tabah diuji kembali

Pada tahun 2018, doktor memaklumkan tumor beliau kembali aktif dan memerlukan pembedahan segera. Namun disebabkan keadaan beliau pada waktu itu kurang mengizinkan kerana berada di ICU menyebabkan pembedahan terpaksa ditangguhkan. Tahun itu sahaja sebanyak 7 kali beliau di masukkan ke Wad ICU.

Pada Mac 2020, doktor mencadangkan beliau untuk menjalani rawatan Kimoterapi dan Alhamdulillah ada sedikit perubahan yang positif terhadap kesihatan beliau.

Namun disebabkan beliau sering jatuh sakit dan terpaksa mengambil cuti menyebabkan beliau tidak dapat bekerja seperti orang lain. Guru Besar mencadangkan beliau untuk “bersara awal”. Sangat teruji, ditambah pula pada tahun yang sama anak istimewa beliau diserang jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa bergantung dengan bantuan Oksigen.

Situasi menjadi lebih mencabar apabila beliau memerlukan kewangan yang stabil untuk menampung kos rawatan beliau dan anak istimewa beliau kira-kira sebanyak RM94,000 selama 2 tahun.

“Sejak itulah saya terfikir untuk cari keselesaan untuk anak-anak dengan sediakan tempat tinggal yang lebih selesa untuk mereka” katanya sambil mengalirkan air mata.

Sinar Baru Bermula

Cabaran yang berlaku, tidak membuatkan wanita ini ‘patah semangat’ untuk meneruskan kehidupan malah menjadikan itu semua sebagai pembakar semangat untuk beliau Bangkit mengecapi kebahagiaan dan keselasaan hidup bersama 7 orang anaknya.

Pada Tahun 2020, sepanjang PKP peluang bisnes secara online naik secara mendadak. Di situ beliau nampak ‘peluang’ untuk bina pendapatan dengan mudah walaupun dalam keadaan yang mencabar(keluar masuk hospital) dan sejak itulah beliau mulakan Bisnes secara online bersama Noor Arfa.

Rasa seperti separuh Impian telah Tercapai

Menurutnya, kini beliau rasa lebih sihat, lebih bersemangat, dan lebih kuat untuk berjuang dalam hidup demi anak-anak. Bisnes yang di bina ini juga membuatkan beliau berimpian untuk membantu lebih ramai golongan Wanita yang senasib seperti beliau.

Sementara itu, kekuatan beliau juga turut dipengaruhi oleh ‘Cirle Bisnes’ yang POSITIF sehinggakan beliau berjaya capai Jualan RM 24,000 pada tahun pertama Bisnes. Berkat daripada kecekalan dan ketabahan beliau dalam menuntut ilmu untuk di bimbang dalam Bisnes, Alhamdulillah bisnes beliau semakin berkembang sehingga berjaya capai Jualan RM227,000  pada Tahun kedua Bisnes ‘2021’.

Menurutnya lagi, beliau yakin bahawa ramai lagi golongan wanita diluar sana yang mengalami situasi mencabar yang sama seperti beliau. Oleh itu, beliau nekad menginfaqkan  10% daripada hasil bisnes beliau kepada Badan Kebajikan Peyakit Kronik.

“Siapa saya untuk mempersoalakn ketentuan-Nya jadi saya perlu positif dan bersemangat untuk teruskan kehidupan demi anak-anak saya. Saya juga berpegang pada prisnsip Sebaik-baik manusia adalah orang yang meberi MANFAAT kepada ramai orang” – katanya.

Masya Allah, sungguh hebat dugaan buat Wanita ini. Bukan mudah untuk bedepan dengan ujian sebegini, kehilangan suami, menghidapai penyakit kronik dan dikurniakan anak istimewa. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan buat Puan Alina untuk teruskan perjuangan untuk mencapai impian.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Tamparan Hebat Kehilangan Suami, Wanita Derita 11 PENYAKIT KRONIK Ini Nekad….ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan semangat terutama kepada wanita-wanita di luar sana.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *