Blog

Mainan Tradisi “MAKIN PUPUS”!! Nak salahkan siapa?

Oleh Admin Nur – April 17, 2023

Permainan tradisional merupakan warisan yang wajib kita pertahankan supaya kekal sehingga ke generasi yang akan datang. Sayangnya, kebanyakan anak muda zaman sekarang sudah tidak mengenali permainan tradisional. Apa kata kita ubah keadaan ini?

Team Noor Arfa telah mengambil inisitif untuk mengembalikan semula kemeriahan Mainan Tradisi dengan mengadakan Aktiviti Bulanan iaitu berasakan Permainan Tradisional. Antara permainan yang di main antaranya Batu Seremban, Terompah Tempurung Kelapa dan sebagainya.

Memandangkan ramai yang ingin mengetahui Permainan Tradisonal apa lagi yang ada di Malaysia ini, maka hari ini Noor Arfa ingin kongsikan “5 Permainan Tradisonal yang Terkenal di Malaysia” yang dapat di praktikkan oleh cikgu-cikgu untuk dikongsikan bersama pelajar.

#1 CONGKAK

Apabila sebut perkataan permainan tradisional, permainan pertama yang muncul di minda ialah congkak. Terimbas kembali memori bermain congkak semasa kecil dahulu.

Dalam permainan congkak, terdapat 7 lubang pada setiap pihak, dan pemain akan mendapat satu lubang besar yang dipanggil sebagai rumah. Anda boleh belikan set congkak sebagai hadiah kepada anak-anak dan bermain bersama semasa hujung minggu.

#2 BATU SEREMBAN

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.

Permainan ini cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.

Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana-mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain akan duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

#3 TEROMPAH TEMPURUNG KELAPA

Permainan ini memerlukan pemain untuk memakai tempurung kelapa di kedua-dua belah kaki. Tali akan dipegang bagi mengimbangkan badan supaya tidak terjatuh semasa memakai tempurung tersebut. Setelah itu, pemain perlu berjalan hingga ke garisan penamat. Jika terjatuh pemain di kira kalah.

#4 TENG-TENG

Permainan tradisional teng-teng juga dipanggil sebagai jengket-jengket. Terdapat dua jenis permainan teng-teng. Permainan pertama dipanggil teng-teng kapal terbang, seperti gambar di bawah. Dipanggil kapal terbang kerana bentuknya yang seakan-akan kapal terbang.

Yang menariknya, serpihan kayu/batu digunakan sebagai buah untuk dibaling.

#5 LOMPAT TIKUS

Anda pernah main lompat tikus waktu kecik dulu? Ini merupakan permainan tradisional yang memerlukan anda berlari, melompat dan merangkak dalam usaha untuk melepasi tangan dan kaki dua orang pemain dari kumpulan lawan.

Semakin lama, halangan akan menjadi semakin tinggi dan makin susah untuk dilepasi.

#6 PONDOK-PONDOK

Yang ini merupakan permainan tradisional yang sangat menyeronokkan. Bermain pondok-pondok bermakna anda boleh jadi apa sahaja, di mana sahaja. Nak jadi orang kaya, nak jadi peniaga kedai makan, nak main kawin-kawin, semua pun boleh.

Pondok-pondok merupakan permainan yang menggalakkan anda berimaginasi dengan menggunakan apa-apa sahaja yang ada di sekeliling.

Gunakan tanah untuk main masak-masak dalam tin susu. Nak bina rumah? Cari pelepah kelapa atau dahan kayu sebagai tiang dan gunakan daun pisang sebagai bumbung dan dinding rumah. Kalau emak tak marah, boleh pinjam bekas plastik, cawan plastik dan periuk buruk untuk dibuat main.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Mainan Tradisi “MAKIN PUPUS”!! Nak salahkan siapa? ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk kembalikan semula kegemilangan Permainan Tradisi dalam kalangan anak muda kini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *