Blog

VIRAL! HADIAH UNTUK CIKGU KESAYANGAN TAHUN NI!

Oleh Admin Noor – Mei 04, 2023

Hari Guru adalah hari yang diraikan untuk menghargai dan memperingati peranan penting guru dalam mendidik generasi muda. Hari Guru menjadi momen penting bagi semua guru untuk memperingati jasa mereka dalam membimbing dan membantu pelajar-pelajar meraih cita-cita mereka.

12 hari sahaja lagi hari guru bakal tiba, mesti ramai yang tengah survey di social media apa hadiah nak berikan kepada cikgu tersayang. Takkan tiap tahun asyik nak bagi Mug, Tupperware, Pen dan sebagainya. Naik bosan cikgu nanti. Hihi

“Argh peningnya! Nak bagi apa laa tahun ni?”

Situasi di atas memang sering terjadi bila sampai je Bulan Mei. Betul tak? Bukan setakat anak-anak yang pening, ibu bapa pun pening sekali termasuk cikgu-cikgu.

Jangan pening-pening! Hari ini Noor Arfa nak kongsikan “3 Cadangan Hadiah Buat Cikgu Kesayangan Anda” supaya cikgu-cikgu rasa di hargai dan di sayangi!

#TIPS1 – GIFT BOX

Anda boleh menghadiahkan cikgu-cikgu anda “Gift Box” yang boleh diisikan dengan Tudung, Coklat, Purse dan sebagainya. Kebiasaannya, Gift Box akan dihiasi dengan Shreded Papper, lampu-lampu, wish card, riben dan kotak.

#TIPS2 – KAIN SARUNG

Mesti tak pernah terfikir kan nak berikan kain sarung buat cikgu anda? Kain sarung nak buat apa? Mesti nanti buat pakaian harian dekat rumah je.

Haa ini yang anda tak tahu, Kain sarung sekarang nie boleh buat macam-macam tau antaranya Baju Kurung, Kemeja, Blouse dan sebagainya tau. Jadi memang sesuai kalau nak berikan pada cikgu kesayangan anda. Nanti bolehlaa mereka jahit dan jadikan pakaian kerja ke sekolah.

Nak dapatkan Testimoni Sarung yang dah dijadikan baju boleh klik button di bawah

#TIPS3 – BUNGA + WISH CARD

Ini cadangan hadiah yang paling simple yang anda boleh praktikkan. Cuma menggunakan 2 barang iaitu Bunga dan Wish Card. Bunga anda boleh gunakan Fresh Flower atau Bunga Plastik. Menarik jugak kan? Simple tapi sangat bermakna bila cikgu anda menerimanya.

Mudah bukan! Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “3 CADANGAN HADIAH BUAT CIKGU KESAYANGAN ANDA” ini sedikit sebanyak dapat membantu anda supaya cikgu-cikgu rasa di hargai dan di sayangi.

Jangan lupa follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *