Blog

Noor Arfa CAKNA dengan Bersih “PATA TOK KITE”

Oleh Admin Noor Arfa – Julai 04, 2023

Pantai adalah salah satu tempat yang indah dan menenangkan. Namun, jika semakin banyak plastik dan sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung di pantai akan menyebabkan keindahan pantai tercemar dan merosakkan ekosistem laut. Untuk mengatasi masalah ini, Team Noor Arfa mengambil langkah dengan mengadakan Aktiviti CSR bergotong royong membersihkan pantai berdekatan iaitu “Pantai Tok Kite, Chendering Terengganu”. Selain itu, Pengarah Urusan Noor Arfa Encik Wan Mohd Hafiz dan isteri turut serta bagi menyokong kegiatan ini.

Aktiviti yang dilakukan ini sebagai salah satu cara untuk Team Noor Arfa “berkongsi rezeki” melalui Tenaga dengan melakukan aktiviti ini bersama-sama. Selain itu, aktiviti yang di lakukan ini banyak memberi manfaat kepada kita semua antaranya:

#1 Meningkatkan Kesedaran Masyarakat

Melalui kegiatan ini, masyarakat akan lebih sedar akan kepentingan menjaga kebersihan pantai dan bekerjasama dalam melindungi keindahan alam sekitar.

#2 Mengeratkan Ukhuwah Sesama Masyarakat

Aktiviti bergotong royong dapat mengeratkan ukhuwah dalam komuniti dan membina hubungan yang lebih baik antara Team Noor Arfa, Pihak Atasan dan Penduduk Setempat.

#3 Menjaga Kesihatan dan Keseimbangan Jiwa

Aktiviti pembersihan pantai secara beramai-ramai juga dapat menjadikan kegiatan fizikal yang bermanfaat, mengurangkan stres, mencipta suasana yang ceria dan harmoni, dan memberikan kepuasan emosi.

Aktivti bergotong royong membersihkan pantai adalah langkah kecil yang dapat memberikan impak besar terhadap kebersihan pantai dan laut. Selain itu, penglibatan komuniti dalam kegiatan ini akan meningkatkan lagi kesedaran dan ukhuwah sesama manusia. 

Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga pantai untuk generasi masa depan. Semoga artikel “Noor Arfa CAKNA – Bersih PATA Tok Kite” memberi manfaat dan inspirasi untuk semua supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar. Sangat besar ganjarannya Dunia dan Akhirat. In Shaa Allah.

Jangan lupa Follow kami diTELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *