Blog

PERJUANGAN NOOR ARFA MEMASUKI TAHUN KE-43!

Oleh Admin Noor Arfa – Julai 04, 2023

“Kami masih berpegang kepada prinsip untuk mengekalkan kualiti BATIK kerana percaya masyarakat kita masih memerlukan Batik Asli”

Dipetik dari Utusan Malaysia bulan lalu, Noor Arfa Holdings Sdn Bhd sedang agresif memasarkan produk batik secara atas talian atau “Online” untuk memperluaskan lagi pasaran termasuk luar negara.

Setiap kejayaan yang dilihat sekarang bermulanya daripada kosong, Begitu juga dengan Noor Arfa yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri Encik Wan Mohd Ariffin dan isteri tercintanya Puan Noor Hijerah yang bermula hanya di belakang rumah pada Tahun 1980.

Pada tahun permulaan, semua operasi dilaksanakan mereka secara separuh masa. Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu.

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan pesat. Selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu dan sebuah kompleks Batik yang diberi nama Noor Arfa Craft Complex (NACC) juga berdekatan dengan Kilang mereka. Operasi ini dibantu oleh 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan pelbagai produk batik.

Noor Arfa Batik telah mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, Busana Mara dan Central Market. Empat di Terengganu iaitu Noor Arfa Craft Complex (NACC), Factory Outlet @ KT, Airport Kuala Terengganu dan Resort World Kijal. Satu di Melaka, iaitu di Dataran Pahlawan.

“Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Ditengah Hari”

Tahun demi tahun Pada Tahun 2020, Cabaran besar mula mendatang setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku disebabkan Virus Covid melanda, keputusan berat perlu dilakukan demi kebaikan semua. Semua outlet “ditutup” dan yang tinggal hanya outlet Noor Arfa Craft Complex (NACC) di Chendering, Terengganu.

Namun ada hikmah hebat disebalik ujian yang mendatang. Disebalik PKP yang melanda, perniagaan atas talian “Online” telah meningkat naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Peluang yang ada tidak disia-siakan, perniagaan yang diteruskan oleh anak ke-2 beliau Encik Wan Mohd Hafiz dan isterinya Puan Ismanisa melalui perniagaan atas talian terus agresif melalui semua Platform seperti Website, Facebook, Instagram dan yang terkini Tik Tok.

Perjuangan Noor Arfa diteruskan lagi dengan memperkenalkan Program Reseller Noor Arfa @ Dropship secara lebih meluas. Matlamat program ini agar dapat membantu lebih ramai Wanita untuk menjana Extra Income dan meningkatkan ekonomi ummah. Sehingga kini, seramai 5000 orang Reseller telah mendaftar bersama Noor Arfa.

“Tak pernah sangka dapat pergi sejauh ini!” itulah kata-kata yang terungkap oleh Pengarah Urusan Noor Arfa, Encik Wan Mohd Hafiz dan Puan Ismanisa  setiap kali kami mendengar cerita kisah hidupnya. Katanya lagi, semuanya bermula hanya dengan IMPIAN.

Siapa pernah sangka Noor Arfa yang dulunya hanya bermula dengan perniagaan belakang rumah oleh sepasang suami isteri, tapi kini dapat membantu semua orang di serata dunia yang tidak dikenali jana pendapatan cecah 5 angka sebulan hanya dengan menjadi Reseller @ Noor Arfa Stylist (Dropship).

Min akan terus mendoakan agar Noor Arfa akan terus maju jaya dan dapat membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana Tersenyum Bahagia.

Sampai disini sahaja perkongsian perjalanan Noor Arfa. Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada orang muda diluar sana untuk terus semangat bekerja dan mengejar IMPIAN masing-masing.

Jangan lupa Follow kami dI TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *