Blog

RUGINYA DATANG TERENGGANU TAPI TAK DATANG SINI!

Oleh Admin Noor Arfa – Ogos 20, 2023

“Pasti Terlukis Memorimu”

Dipetik daripada Admin page “discoveryterengganu”, Selalu datang Terengganu? Pernah sampai ke NACC? Kalau tak pernah sangatlaa rugi! Kalau datang Terengganu, salah satu tempat WAJIB SINGGAH iaitu di Noor Arfa Craft Complex yang terletak di Chendering, Kuala Terengganu. Satu-satunya tempat yang korang boleh “Mewarna Batik” tau!

Noor Arfa Craft Complex(NACC) adalah destinasi pelancongan yang popular di Terengganu. Tempat ini telah ditubuhkan sejak Tahun 1980-an dan menjadi salah satu Kompleks Kraf Tangan terbesar di Malaysia. Antara aktiviti menarik yang korang boleh cuba dan dapatkan pengalaman di Noor Arfa Craft Complex iaitu Mewarna Batik.

Bagi para pengunjung yang berminat untuk meluangkan masa bersama tersayang dengan aktiviti yang lebih menghasilkan kreativiti diri, NACC menawarkan pengalaman Mewarna Batik sendiri atau dipanggil Do It Yourself (DIY Batik) yang unik. Pastinya, aktiviti ini akan memberi anda pengalaman mendalam tentang proses mewarna corak batik yang menarik.

Selain itu, di sini anda dapat belajar cara Melukis dan Mencanting Batik di atas kain putih dengan menggunakan “Canting Tradisional”. Pengalaman ini akan memberi anda kefahaman yang lebih mendalam terhadap kesulitan dan keindahan seni kraf batik.

Akhir kata untuk blog kali ini, jom rasai pengalaman Mencanting dan Mewarna Batik   bersama tersayang di Noor Arfa Craft Complex (NACC). Jangan lupa bawa pulang kenangan dan pengalaman unik yang tak terlupakan! Pasti Terlukis Memori!

Nak BOOKING Aktiviti di atas? Jom hubungi kami SEKARANG 👇🏽 

Dan jangan lupa dapatkan DISKAUN PENJIMATAN RM10 untuk pembelian di Noor Arfa Craft Complex dengan tunjukkan Posting di bawah pada cashier.

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *