Blog

TERHARU! Sanggup Menjaja Demi “Kesenangan” Orang Lain!

Oleh Admin Noor Arfa – Julai 27, 2023

“Mulianya hatimu Kak Yah”

Diambil daripada Admin page “Jentik Hati”, Kisah seorang Wanita yang berasal daripada Kota Bharu yang sanggup menaiki bas ke Terengganu hampir setiap hari demi kelangsungan hidup. Kak yah menjaja makanan seperti kerepek akan menjaja di sekitar Kuala Terengganu pada waktu pagi hingga petang.

Bukan itu sahaja, melalui perkongsian Kak Yah kerja menjaja bukan sahaja untuk kesenangan hidupnya sendiri tetapi dengan hasil menjaja ini beliau dapat membantu keluarga lain yang lebih susah. Allahu, orang susah membantu orang susah. Sangat mulia hatimu Kak Yah.

Sebagai menghargai Perjuangan dan Pengorbanan Kak Yah, Noor Arfa telah berkongsi rezeki dengan menghadiahkan beliau Gift Box Noor Arfa yang mengandungi Sarung Noor Arfa. Sama-sama kita mendoakan semoga Kak Yah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan demi mencari sesuap nasi.

Siapa sangka dengan “berkongsi rezeki” melalui hadiah dapat membahagiakan seseorang yang kita tidak kenal dengan rapat. Selain itu, dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara manusia. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kita semua supaya saling menghargai dan berkongsi rezeki walaupun bukan dengan wang ringgit. 

Nak berkongsi rezeki juga? Jom hadiahkan si dia Hadiah Eksklusif daripada Noor Arfa. Klik link di bawah. Semoga Bermanfaat!

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *