Blog

VIRAL- TINGKATAN 1 TAPI DAH BERJAYA HAFAL 27 JUZUK AL QURAN !

Hai batik lover, siapa je yang tak nak anak jadi hafiz dan hafizah kan ?

Ibu bapa merupakan tonggak utama kepada anak-anak kerana mereka memainkan peranan penting dalam faktor pendidikan, didikan agama dan pembentukan sahsiah. Apa yang diterapkan oleh ibu bapa akan mencorakkan pembentukan anak-anak. Jika baik, maka baiklah hasilnya. Jika tidak, akan jadi sebaliknya.

Tidak terkecuali dengan sebuah keluarga dimana anak-anak mereka mendapat didikan dengan sempurna sehingga mampu menghafal 27 juzuk sejak dari kecil lagi.

Menurut seorang warga Facebook yang bernama Syukri Wafi, beliau sebagai guru berasa kagum dengan bapa yang menghantar anaknya berusia 13 tahun ke sekolah kerana berjaya mendidik remaja tersebut sehingga menghafal 27 juzuk al-Quran sejak kecil lagi.

Menurut Syukri, pelajar yang dikenali sebagai Idham diberikan pendedahan untuk menghafal al-Quran sejak dia berusia dari tujuh tahun dan dia yang merupakan anak keempat, memiliki kakak-kakak yang juga turut hebat dalam menghafal al-Quran

Menurut bapa Idham, terdapat dua perkara yang sentiasa diamalkan olehnya dari dahulu hingga sekarang iaitu sering berdoa supaya memiliki anak-anak yang soleh dan keringkan hati dengan cuba tidak memanjakan mereka secara berlebihan.

Ternyata posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan bapa kepada pelajar terbabit disamping memuji akhlak Idham.

Sumber : Syukri Wafi

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *