Blog

WANITA “HAID” BUAT APA BULAN RAMADAN???

Oleh Admin Noor – April 09, 2023

Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat muslim di seluruh dunia. Bulan ini merupakan waktu yang penuh berkat, di mana umat muslim berlumba-lumba untuk mendapatkan keberkatan dan ampunan dari Allah SWT termasuklah Wanita.

Namun, lumrah seorang Wanita pasti ada hari “cutinya” daripada melakukan Ibadah Puasa, Jadi, 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 “𝐇𝐀𝐈𝐃” 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍⁉️

Hari ini Noor Arfa kongsikan beberapa AMALAN yang boleh diamalkan Wanita yang sedang dalam masa haid sebagai bentuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#TIPS1 – PERBAYAKKAN DOA, SELAWAT DAN ZIKIR

Bagi orang Wanita yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadan. Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.

#TIPS2 – MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERBUKA

Boleh juga bagi Wanita yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

Riwayat Al-Tirmizi (807)

Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.

#TIPS3 – BANYAKKAN BERSEDEKAH

Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang Wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadan dengan kadar yang termampu.

Akhir kata, meskipun terdapat beberapa ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh Wanita yang dalam keadaan haid, ini sama sekali tidak menutup peluang mereka untuk merebut dan meraih ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Bahkan terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam keadaan haid seperti beberapa contoh yang telah Admin sebutkan di atas.

Senang bukan! Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel WANITA “HAID” BUAT APA BULAN RAMADAN??? ini sedikit sebanyak dapat membantu Wanita-Wanita Versatile di luar sana berlumba-lumba untuk mendapatkan keberkatan dan ampunan dari Allah SWT.

Jangan lupa follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *