Blog

WANITA! Tolong Jangan “MALAS” Bersiap!!

Oleh Admin Noor – April 03, 2023

Allah bagi kita semua 24 jam. Ada yang dapat 25 jam? Semestinya tak ada kan? Jadi, kita kena pandai membahagikan masa yang kita ada supaya dapat memaksimumkan penggunaannya. Lagi-lagi bila nak “bersiap” kan! Kalau yang dah berkahwin confirm kena bebel dengan suami bila lambat bersiap.

Khususnya untuk cikgu-cikgu, biasanya kalau pagi-pagi mesti kelam-kabut nak bersiap kan? Nak siapakan diri lagi, kelengkapan suami lagi, kelengkapan anak-anak lagi. Sampai tahap, fikir nak bersiap ala kadar je laa! Tudung “sauk” je la! Sedangkan sebagai seorang pendidik harusla menunjukkan contoh yang baik dengan kekal Anggun & Berkeyakinan ketika mengajar.

Memandangkan ramai cikgu-cikgu pernah mengalami situasi seperti berikut, maka hari in Noor Arfa ingin kongsikan  “5 Tips untuk Cikgu Wanita JIMATKAN MASA bersiap ke sekolah!” yang boleh di praktikkan oleh cikgu-cikgu.

#TIPS1 – MENGGOSOK PAKAIAN UNTUK “STOK” SEMINGGU

Cikgu-cikgu boleh prepare dan menggosok pakaian kerja untuk seminggu terus waktu hujung minggu atau hari cuti. Jadi dah boleh rancang hari isnin nak pakai baju mana, selasa yang mana dan seterusnya. Bukan setakat pakaian, tudung sekali dah siap matchingkan dengan baju yang nak dipakai. Barulah tersusun dan teratur hidup kita. Cubalah!

#TIPS2 – SIAPAKAN PAKAIAN DAN KELENGKAPAN UNTUK HARI ESOK SEBELUM TIDUR

Siapkan segala pakaian dan kelengkapan sebelum tidur. Contohnya, siapkan pakaian kerja, beg kerja, beg anak ke taska, beg pejabat suami dan perlengkapan lain termasuk aksesori seperti Jam tangan, Gelang, Kasut dan Pakaian dalam. Jadi, waktu pagi dapat di manfaatkan dengan lebih efektif. Tak wujudlaa situasi “silap bawa beg anak” ke sekolah!

#TIPS3 – PILIH PAKAIAN YANG MUDAH “MIX & MATCH”

Pilih pakaian yang mudah di padankan. Cikgu- cikgu tak perlu habiskan waktu berjam-jam untuk memilih pakaian dan tudung yang bersesuaian. Pilih sahaja pakaian yang mudah di padankan dengan aksesori sederhana seperti Jam tangan @ Gelang.

#TIPS4 – PILIH PAKAIAN YANG MUDAH DI GOSOK

Ini Admin sangat setuju! Cikgu-cikgu boleh memilih pakaian yang mudah di gosok dan tak mudah berkedut. Kebanyakan wanita memang suka nak cepat kan? Salah satu yang sangat diperlukan wanita muslimah di luar sana ialah baju yang tak payah iron. Kalau dapat baju jenis ni, pakai yang ni berhari-hari pun tak apa. Asalkan basuh! Yang penting lepas basuh kena sidai elok-elok, supaya boleh terus pakai kalau terus diambil dari ampaian.

Cikgu-cikgu boleh cuba Koleksi Kurung #NoorArfaXZaraZya yang mudah di gosok dan tak mudah berkedut. Zass! 5 minit siap!

#TIPS5 – PILIH MENU MAKANAN YANG CEPAT DAN MUDAH DI SIAPKAN

Cikgu-cikgu boleh memilih makanan yang mudah dan cepat di siapkan untuk sarapan. Contohnya, bijiran, sandwich, biskut dan sebagainya.

Mudah bukan! Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel WANITA! Tolong Jangan “MALAS” Bersiap!!  ini sedikit sebanyak dapat membantu cikgu-cikgu wanita di luar sana  jimatkan waktu bersiap dan tetap produktif sepanjang hari. Emosi pun terjaga!

Jangan lupa Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan KATALOG & INFO TERKINI Noor Arfa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *